Langkau ke kandungan utama

Peluang dan Kebebasan

(oleh : Lenny Boniface)

Salam.

Alhamdulillah masih diberi kesempatan dan ruang untuk menulis entri pada hari ini. Saya berasa sangat teruja dan gembira semenjak saya menanamkan azam untuk menjadi WAHM dan sekarang tengah berusaha ke arah cita-cita saya.

Hari ini, mari kita bercerita tentang 'peluang'. Sebenarnya, kita diberi banyak peluang dalam hidup ini. Cuma yang membezakan antara kita ialah ada yang nampak 'peluang' awal-awal lagi dan mencapainya, ada segelintir perlu ditunjukkan 'peluang' yang ada sebab mereka tidak nampak. Ada pula yang nampak 'peluang' tetapi membiarkan 'peluang' itu berlalu begitu sahaja. 'Peluang' apa yang saya ceritakan di sini? Di sini saya merujuk kepada peluang untuk berjaya, peluang untuk mengubah kehidupan, peluang untuk menambah pendapatan untuk keluarga. Saya pula golongan mana? Saya adalah golongan yang melihat peluang, tetapi membiarkan ia berlalu, sehingga saya dikejutkan oleh kehidupan itu sendiri. Saya tiba-tiba inginkan kebebasan dalam hidup ini, kebebasan dalam erti kata saya boleh menggunakan masa dalam hidup saya sesuka hati saya dan juga digunakan untuk mengejar impian saya. Sekarang, saya bekerja sepenuh masa. Dan saya sangat terasa masa untuk anak kecil saya sangat terhad. Dan itu yang mengubah saya. Saya inginkan masa yang lebih banyak bersama anak kecil saya. Saya perlukan dia, dan dia perlukan saya.





Alhamdulillah, Allah bukakan mata dan hati saya awal. (Walaupun saya kira tidak awal lagi, sebab saya dah berumur 36 tahun. Tapi ini bukan isunya.) Isunya, apakah kita hendak berubah dan mengejar impian kita? Saya mahu berubah, saya mahu berjaya, saya mahu kebebasan dari himpitan masalah kewangan, saya mahu kebebasan untuk menentukan masa saya. Saya mahu jadi WAHM. Jadi, mulai dari saat ini, setiap masa, saya ulangi impian saya dalam hati kecil saya. Saya tanamkan cita-cita saya. Apakah anda pembaca juga mempunyai impian yang sama? Hendakkah anda berubah demi cita-cita anda? Saya doakan pembaca sekalian menemui cita-cita masing-masing dan berusaha ke arahnya.



Alhamdulillah anda sudi membaca entri ini. Marilah sertai Akademi Bekerja dari Rumah, untuk mencari pengalaman dan ilmu untuk berubah ke arah kemajuan diri.







Hubungi saya melalui:
Email : lenny.bonifacejubilee@gmail.com
SMS/WhatsApp : 016-8749195

Jangan biarkan peluang berlalu.

Jazakallah


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Umum : Waktu Operasi

Assalamualaikum. ML saja nak kongsikan maklumat waktu operasi ASNB cawangan Putrajaya. Sebab ML sendiri pun baru tahu waktu operasi pukul 8.15 pagi. Jadi apa salahnya ML berkongsi maklumat ini, agar kawan-kawan di luar sana yang ingin berurusan awal tahu. ******************************************* Ingin mendapatkan produk Shaklee? Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee? WhatsApp/SMS    ke ---  016 874 9195   Lenny Kedai E-book dan produk-produk ilmiah lain di  http://lenny-e-bookshop.blogspot.com/ Jemput singgah di Kedai ML di Lelong http://www.lelong.com.my/merchant/lennbj.htm

𝗙𝗔𝗞𝗧𝗢𝗥 𝗞𝗘𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗠𝗣𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗘𝗠𝗔𝗦

  Berikut adalah beberapa faktor keuntungan simpanan emas untuk tuan puan fahami. 1. Nilai Kekal : Emas memang terkenal dengan nilai yang stabil. Walaupun di waktu ekonomi tidak menentu, nilai emas sentiasa kekal atau meningkat. 2. Pelindung Daripada Inflasi : Apabila harga barang naik, nilai emas biasanya juga turut meningkat. Simpanan emas tuan puan tidak terjejas oleh inflasi. 3. Kepelbagaian Pelaburan : Emas adalah cara yang baik untuk mempelbagaikan pelaburan tuan puan. Jika pasaran saham merudum, emas boleh membantu mengekalkan keseluruhan portfolio kewangan. 4. Permintaan Tinggi : Emas sentiasa ada permintaan tinggi, baik dalam industri perhiasan mahupun teknologi. Ini bermakna tuan puan boleh menjual emas pada  bila-bila masa jika perlukan wang. 5. Tiada Risiko Kebankrapan : Berbeza dengan simpanan di bank, emas tidak akan 'hilang' disebabkan masalah kewangan institusi. Emas adalah aset fizikal yang tuan puan boleh pegang. 6. Mudah Alih : Emas fizikal, seperti ba...

TERBARU ! e-Book : Bekerja & Berniaga: Panduan Untuk Suri

 Salam. Alhamdulillah. Alhamdulillah lahir lagi satu produk baru di ABDR, sebuah e-book 'based on true story' seorang suri yang bekerja dan berniaga. Ramai antara kita kaum suri bekerja pada masa yang sama melakukan perniagaan kecil-kecilan. Mari kita dapatkan e-book ini untuk membantu kita menguruskan kedua-duanya: kerja dan perniagaan.   + Sedikit 'insight' pada topic-topic yang terdapat dalam e-book  Bekerja & Berniaga: Panduan Untuk Suri ini :                                                                                    ...