Isnin, 23 Mac 2015

Guru Youtube

Assalamualaikum. Bersiaran di ruangan pembaringan di tengah malam. (Oh teknologi).

Baru mendengar motivasi melalui Youtube. Banyak informasi yang bagus, anda cuma perlu cari yang tepat dan bersesuaian. Dan saya dah jumpa penceramah sales yang bagus. Namanya Victor Antonio (please look it up in Youtube). Saya sedang mencari peluang dan cara dan gaya untuk membuat jualan, dan video-video itu telah memberikan saya inspirasi. Oh tak nak hilang inspirasi itu, maka saya akan terus ulang- ulang video itu supaya melekat dalam jiwa. ( sekali lagi Oh Teknologi!). Alhamdulillah saya jumpa ilmu dan guru (video) . :).

Jadi, bagi anda yang cuba mencari cara untuk keluar dari 'kepompong' carilah bersungguh-sungguh - keluar cari, bayar untuk konfrens, godek google, tengok video. Buat sahaja, anda akan jumpa insyaa Allah.

Kongsikan pengalaman anda, bantu orang lain, dan pulangannya? Anda sendiri akan rasa.

Alhamdulillah. Selamat berehat.

(Ditulis oleh : Lenny Boniface)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan