Langkau ke kandungan utama

Lakaran impian.

Assalamualaikum. Hari yang agak stress bagi saya. Bahang GST juga mempengaruhi saya. Walau apapun, mari kita bersyukur dan bersabar semoga Allah berikan kelapangan kepada kita dalam kesempitan.

Anda bukan orang kaya, saya bukan orang kaya. Tetapi, kita boleh kaya dengan usaha yang gigih dan rajin disertai dengan perancangan yang sesuai dan bijak.

Impian saya, saya ingin mendapat pendapatan RM 300,000 sebulan. Tidak mustahil. Semua boleh dicapai jika kita fokus, percaya dan berusaha beraungguh-sungguh. Jangan malu dengan impian kita, selagi impian itu bukan impian yang memudaratkan diri sendiri, keluarga dan dunia.

Saya akan lakarkan masa depan saya dan anda sebagai penonton dan saksi. Insyaa Allah saya akan capai impian saya, moga Allah bantu dan makbulkan doa saya. Doakan saya ya. Dan saya juga doakan kita banyak yang menuju kejayaan dunia dan akhirat. Amin.

Berminat mendapatkan produk Shaklee? Hubungi saya di 0168749195.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Umum : Waktu Operasi

Assalamualaikum. ML saja nak kongsikan maklumat waktu operasi ASNB cawangan Putrajaya. Sebab ML sendiri pun baru tahu waktu operasi pukul 8.15 pagi. Jadi apa salahnya ML berkongsi maklumat ini, agar kawan-kawan di luar sana yang ingin berurusan awal tahu. ******************************************* Ingin mendapatkan produk Shaklee? Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee? WhatsApp/SMS    ke ---  016 874 9195   Lenny Kedai E-book dan produk-produk ilmiah lain di  http://lenny-e-bookshop.blogspot.com/ Jemput singgah di Kedai ML di Lelong http://www.lelong.com.my/merchant/lennbj.htm

Nikmat Syukur (dari istilah dan rasa)

Assalamualaikum. Semoga hari hari yang barokah untuk semua. Emotional sikit hari ini. Hari ini baca IG Story FynnJamal, ada satu bahagian berkaitan 'dapur'. Sesiapa baca mesti tersentuh lah, romantik bagai. Jadi apa kaitan dengan aku? Selepas baca IG Story tu, satu perkataan 'pop-up' depan mata aku : SYUKUR. Ini mungkin menjadi satu karangan yang panjang, sebab aku nak ungkap/rungkai kenapa SYUKUR itu indah. Hidup aku tak semenggah. Hidup aku takde kemewahan. Hidup aku, aku tak kenal brand-brand terkenal. Hidup aku, aku cuma kena "ada tu ada lah, takde tu, takyah merungut, takyah menyesal." Itu aku. Agak susah aku nak ungkapkan perasaan aku ni sekarang. Aku nak ekspresskan rasa TERIMA KASIH sangat-sangat kepada Allah s.w.t.  Aku bukan nak tulis terima kasih (fizikal) kepada Allah. Aku cuma nak tulis bahawasnya, rasa syukur itu mencukupkan kehidupan. Rasa syukur itu memberikan perspektif dalam melihat yang 'tak ada' itu indah. Kadang-kadang...

Forum Berkaitan Wanita

17 Febuari 2020 yang lalu, aku berpeluang menghadiri Forum berkaitan isu wanita. Nama forum tersebut ialah Women in Higher Education, Employment and Leadership. Forum ini dijalankan di Hotel Armada, Petaling Jaya yang di anjurakan oleh IWB (Institut Wanita Berdaya ). Asal mula, kawan aku yang ajak pergi ke event ini. Mula-mula aku pun tak pasti apa event yang dijalankan, apabila dah tengok tajuk berminat pulak aku nak join. OK la. Jujur kata ye. Aku sebenarnya tak berminat dengan whatsoever ideologi, konsep atau apamacam perjuangan (since teenagers). Sebab aku tak ada awareness dan juga pendedahan. Yang so called women empowerment pun aku tak berminat. Tetapi kebelakangan ini, aku bagai 'diketuk' untuk menyelami what is so called feminism , women empowerment. Women empowerment tak semestinya feminism, mengikut pemahaman aku yang cetek ini.  Women empowerment ini adalah aktiviti / gerakan untuk memberikan pendidikan dan pengetahuan dan kesedaran kepada golon...