Memaparkan catatan dengan label Resepi Kek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi Kek. Papar semua catatan

Khamis, 7 November 2013

Resepi "Gingerbread Man Cookies"


Sudah sekian lama, saya ingin merasa Gingerbread Cookies, akhirnya saya menjumpai resepi yang mudah di internet untuk saya cuba. Dan hasilnya saya sangat menyukai Gingerbread Cookies yang saya buat. Dan saya bercadang untuk menjadikan ia sebagai mini perniagaan saya.


Bahan-bahan
  • Mentega dicairkan, untuk gris
  • 125g mentega, pada suhu bilik
  • 100g (1/2 cawan, dipadatkan) gula perang
  • 125ml (1/2 cawan) "golden syrup"
  • 1 telur, diasingkan
  • 375g (2 1/2 cawan) tepung gandum
  • 1 sudu besar serbuk halia
  • 1 sudu teh "mixed spice"
  • 1 Sudu teh soda bikarbonat
  •  Tepung gandum, untuk tak melekat
  • 150g (1cawan) gula aising, diayak
  • 8-10 titik pewarna makanan (merah)
  • 8-10 titik pewarna makanan (hijau)
  • Smarties, untuk hiasan

Cara-cara:
·  Langkah 1 :Panaskan oven sehingga 180°C. Sapukan 2 dulang pembakar (baking trays) dengan mentega yang telah dicairkan.
·  Langkah 2 :Dengan menggunakan pemukul elektrik (electric beater), pukul mentega dan gula sehingga warna pucat dan "creamy". Campurkan "golden syrup" dan kuning telur dan pukul sehingga sebati. Masukkan tepung, serbuk halia, mixed spice dan soda bikarbonat dan kacau. Kemudian tuangkan ke atas permukaan yang telah ditaburkan dengan tepung, dan uli adunan sehingga menjadi doh. Bentukkan doh ke bentuk bulat dan dileperkan. Balutkan doh dengan pembungkus plastik dan rehatkan dalam peti sejuk selama 30 minit. 
·  Langkah 3 : Sementara menunggu, masukkan telur putih ke dalam mangkuk kering yang bersih. Gunakan pemukul elektrik untuk pukul sehingga membentuk "soft peaks". Kemudian dengan perlahan-lahan, tambahkan gula aising dan pukul sehingga membentuk "stiff peaks".  Bahagikan aising kepada 3 bahagian dalam 3 mangkuk. Dan masukkan pewarna ke setiap bahagian masing-masing., kecuali 1 dibiarkan bewarna putih. Kemudia tutup mangkuk dengan pembungkus plastik dan simpan kesemua aising dalam peti sejuk.
·  Langkah 4 : Letakkan doh di antara 2 kertas mahjong dan gelekkan doh (menggunakan penggelek) sehingga ketebalan 4 mm. Gunakan pemotong gingerbread man  berukuran 9cm  untuk memotong doh. Susun ke dalam dulang pembakar dengan jarak 3 cm beza. Ulang dengan lebihan doh.
·  Langkah 5 : Bakar dalam oven selama 10 minit atau sehingga berwarna perang. Keluarkan dari oven dan alihkan ke rak dawai untuk disejukkan.
·  Langkah 6 : Masukkan aising yang telah disediakan ke dalam plastik saiz kecil. Potong lubang kecil di sudut setiap plastik tersebut. Paipkan aising ke atas gingerbread men untuk hiasan. Akhiri dengan meletakkan Smarties.

Komen:  Penyediaan sangat mudah. Seharusnya dicuba.

Rabu, 6 November 2013

Resepi Kek / Kek Cawan - Vanila

Bahan-bahan:

250g / 1 buku        Mentega Buttercup (boleh guna mana-mana brand yang anda 
                                suka)
  1  1/2 cawan        Gula kastor (sila guna cawan penyukat yang dikhususkan untuk 
                                menyukat pepejal)
              3 biji         Telur gred A
  1 sudu besar       Vanila esen (tablespoon - guna penyukat yang dikhususkan)
        3 cawan         Tepung naik sendiri / tepung kek (diayak)
      2 sudu teh        Soda bikarbonat (diayak bersama tepung)
      1 sudu teh        Baking powder (diayak bersama tepung)
          secubit         Garam (diayak bersama tepung)
  1 1/2 cawan        Susu penuh krim Dutch Lady (boleh guna brand yang anda suka)  
  

Cara-cara Membuat

  1. Masukkan mentega dan gula kastor dalam bekas adunan. Dengan menggunakan pengadun elektrik(hand mixer),pukul adunan ini sehingga kembang, iaitu adunan menjadi warna kuning krim.
  2. Masukkan esen vanilla dan telur ke dalam adunan. Pukul sehingga sebati. (Tak perlu lama)
  3. Kemudian, tepung naik sendiri yang telah diayak bersama-sama bahan kering lain diadunkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. (Dalam proses ini, adunan tidak boleh dipukul terlalu lama. Cukup sekadar semua bahan kering bergaul rata dengan adunan)
  4. Akhir sekali, masukkan susu penuh krim perlahan-lahan (sambil mixer masih berjalan, dengan kadar perlahan) ke dalam adunan. Di peringkat ini, perhatikan bahawa keadaan adunan mencapai keadaan "creamy"  dan terus matikan mixer. Sebaiknya, pada tahap ini, adunan dipukul menggunakan tangan, supaya tidak terlebih adun.
  5. Dengan menggunakan "icecream scoop", masukkan adunan ke dalam cawan kertas. Sukatannya ialah 3/4 dari cawan kertas.
  6. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 160 darjah selsius selama 20 minit atau sehingga kek masak.

Terima kasih. Wasalam.

Khamis, 10 Oktober 2013

Latar Belakang serta Pengenalan Diri

Saya, Lenny binti Boniface Jubilee. Berasal dari Dalat, Sarawak. Pendidikan tertinggi saya ialah Diploma dalam Kejuruteraan Elektronik. Selepas menghabiskan pengajian, saya pernah berkhidmat sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih selama beberapa tahun. Kemudian saya menyertai program graduan menganggur. Setelah habis program tersebut, saya mendapat pekerjaan sebagai Pegawai Imigresen KP 17.

Sekarang, saya berminat dengan perniagaan dan ingin menjadi bos sendiri suatu hari nanti. Perniagaan yang saya ceburi sekarang ialah MLM Shaklee serta  saya juga menjual beberapa barangan lain secara 'online'.

Minat saya pada masa ini ialah perniagaan, membuat kek, dan menjahit. Selain itu saya sangat suka aktiviti online.

Saya mempunyai beberapa blog dan juga fanpage. Berikut adalah senarai blog dan fanpage:

Blog - 1. http://lennycutecuteshop.blogspot.com
           2. http://dairimamarugged.blogspot.com
           3. http://vita-tips.blogspot.com
           4. http://lennbjbisnes.blogspot.com

Fanpage: 1. www.facebook.com/lennycutecuteshop
               2. www.facebook.com/g8health4u

Matlamat utama saya untuk menyertai kelas Asas Blog ialah untuk mengasah bakat menulis dan menghasilkan karya yang boleh saya banggakan suatu hari nanti, selain ingin menggunakan medium blog untuk meluaskan perniagaan saya.

Titik tolak untuk memulakan perniagaan sendiri ialah saya ingin selalu mempunyai masa dengan anak saya.

My Checklist For My Life Goals or Progress Goals

 #hidupiniujian Ini adalah chceklist aku nak buat untuk aku catat progress dan goals aku: 1.  Aktiviti kempiskan Perut. 2. Habit catat perbe...