Langkau ke kandungan utama

Catatan Ramadhan Ke 13

Assalamualaikum.

5 hari ML tak buat catatan Ramadhan. Memang salah ML. ML tak larat sebab cuaca panas sangat dan pengurusan masa yang sangat teruk. Ya Rabbi.

Dalam 5 hari yang lepas ML tak mempunyai apa-apa cerita menarik untuk dikongsikan. Begitu juga hari ini. Tapi.. Tapi... Don't Waste the Ramadhan. ML nekad nak catatkan apa-apa yang berlaku di bulan Ramadhan.

2, 3 hari ini ML perasan ML kuat betul makan. Kebiasaannya ML semasa iftar makan ala kadar saja, selepasa tu ML tak makan dah sehingga waktu sahur. 2,3 hari ini ML perasan ML makan lagi lepas iftar. ML plan nak kurangkan 'perut' dan berat badan. :). Jadi malam tadi, ML dah rasa 'takut' Over Makan, jadi ML pun mengambil 3 biji OmegaGuard + Alfalfa Complex. Jom nyahkan kolesterol yang ML kumpulkan 2,3 hari ini.


Rojak
Ingin ML nyatakan di sini catatan Ramadhan ML adalah dalam bentuk ROJAK, iaitu isi kandungannya bercampur aduk berkaitan pengalaman harian, idea-idea, pendapat-pendapat, isu semasa dan shaklee. Lebih kurang sebagai rekod untuk bacaan ML di masa depan. :)


Plan Hari Ini

1. Buat sharing produk
2. Belajar produk
3.


Cuaca Panas
Cuaca sangat panas kebelakangan ini. Di Pakistan, cuaca panas sehingga meragut nyawa. Kita mesti lebih berhati-hati dan prihatin dengan keadaan sekeliling. Di kala cuaca panas yang agak melampau ini, kurangkan keluar rumah, kurangkan aktiviti yang mengeluarkan peluh berlebihan sebab kitakan puasa. Pantau anak-anak, sekiranya anak-anak yang berpuasa, perhatikan keadaan mereka supaya mereka tak mengalami dehidrasi melampau. Bagi anak-anak yang tak berpuasa, selalu berikan mereka air minuman dan air kosong.


Dan ML ingin cadangkan beli Performance Drink untuk minuman seiisi keluarga semasa berbuka.

Apa fungsi Performance Drink Shaklee?

1. Membekalkan tenaga & daya ketahanan fizikal - Ia mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolisme air dalam tubuh. Mengandungi potassium, kalsium, sodium, fosforus, magnesium dan chloride.

2. Mencegah penyahhidratan - Mengurangkan kehausan, mencegah penyahhidratan, melembapkan kulit.

3. Mengekalkan paras gula - Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yang penting bagi otot dan mempercepatkan kesembuhan akibat kecederaan otot.

ML sendiri merasakan badan rasa tidak kena jika tak mengambil Performance Drink. Rasa lesu dan tak bertenaga. Sebab itu walaupun semasa buka tak minum PD, ML akan usahakan minumnya pada waktu lepas Isyak. Baru rasa bertenaga. :)



Pemikiran dan idea Hari ini  
Nanti di kemudian hari, ML ingin meninggalkan kerja-kerja dapur di bulan Ramadhan dan cuba usaha untuk cari pahala di bulan penuh barakah ini, bersama-sama suami tersayang.
Amin. Doakan ML ya.


Ulasan

  1. cuaca panas betul sekarang ni ramai budak demam, tapi dengan adanya performance ni dapatlah elak dari dehidrat

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Umum : Waktu Operasi

Assalamualaikum. ML saja nak kongsikan maklumat waktu operasi ASNB cawangan Putrajaya. Sebab ML sendiri pun baru tahu waktu operasi pukul 8.15 pagi. Jadi apa salahnya ML berkongsi maklumat ini, agar kawan-kawan di luar sana yang ingin berurusan awal tahu. ******************************************* Ingin mendapatkan produk Shaklee? Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee? WhatsApp/SMS    ke ---  016 874 9195   Lenny Kedai E-book dan produk-produk ilmiah lain di  http://lenny-e-bookshop.blogspot.com/ Jemput singgah di Kedai ML di Lelong http://www.lelong.com.my/merchant/lennbj.htm

𝗙𝗔𝗞𝗧𝗢𝗥 𝗞𝗘𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗠𝗣𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗘𝗠𝗔𝗦

  Berikut adalah beberapa faktor keuntungan simpanan emas untuk tuan puan fahami. 1. Nilai Kekal : Emas memang terkenal dengan nilai yang stabil. Walaupun di waktu ekonomi tidak menentu, nilai emas sentiasa kekal atau meningkat. 2. Pelindung Daripada Inflasi : Apabila harga barang naik, nilai emas biasanya juga turut meningkat. Simpanan emas tuan puan tidak terjejas oleh inflasi. 3. Kepelbagaian Pelaburan : Emas adalah cara yang baik untuk mempelbagaikan pelaburan tuan puan. Jika pasaran saham merudum, emas boleh membantu mengekalkan keseluruhan portfolio kewangan. 4. Permintaan Tinggi : Emas sentiasa ada permintaan tinggi, baik dalam industri perhiasan mahupun teknologi. Ini bermakna tuan puan boleh menjual emas pada  bila-bila masa jika perlukan wang. 5. Tiada Risiko Kebankrapan : Berbeza dengan simpanan di bank, emas tidak akan 'hilang' disebabkan masalah kewangan institusi. Emas adalah aset fizikal yang tuan puan boleh pegang. 6. Mudah Alih : Emas fizikal, seperti ba...

TERBARU ! e-Book : Bekerja & Berniaga: Panduan Untuk Suri

 Salam. Alhamdulillah. Alhamdulillah lahir lagi satu produk baru di ABDR, sebuah e-book 'based on true story' seorang suri yang bekerja dan berniaga. Ramai antara kita kaum suri bekerja pada masa yang sama melakukan perniagaan kecil-kecilan. Mari kita dapatkan e-book ini untuk membantu kita menguruskan kedua-duanya: kerja dan perniagaan.   + Sedikit 'insight' pada topic-topic yang terdapat dalam e-book  Bekerja & Berniaga: Panduan Untuk Suri ini :                                                                                    ...