Langkau ke kandungan utama

Catatan Ramadhan Ke 7

Assalamualaikum.

Bersiaran dari dalam komuter yang menuju KL Sentral. :)
Seronok juga kadang-kadang naik komuter ke KL. Teringat tahun lepas pergi Masjid Jamek. Nak beli barangan Raya.

ML dalam perjalanan menuju ke Shaklee Branch KL. Disebabkan masalah Kad Maybank, ML terpaksa personally bergerak ke branch untuk beli barang. A nice chance to take short journey and have nice views along the way. Berkaitan masalah kad Maybank, balik dari KL nanti ML akan uruskan melalui telefon.

ML sambil-sambil nak berpesanlah, jika hendak travel menggunakan public transport macam komuter, LRT, dan sebagainya, seelok-eloknya bawa kad Touch N Go. Memudahkan anda dan juga jimatkan masa. Sebab tak perlu beratur untuk membeli tiket ataupun coin.


Gambar di atas adalah pemandangan luar Steses LRT KL Sentral. Dari sini ML akan menaiki LRT dan turun di Stesen Wangsa Maju.


Dah lama ML tak merantau di KL menggunakan LRT. Pemandangan dah banyak dah berubah, dan salah satu adalah seni grafiti yang terdapat di luar Stesen Pasar Seni. ML pun rasa seni ini menarik dan cantik.



Gambar di atas ini pula adalah pemandangan luar Stesen Wangsa Maju. Jadi, sampai sini ML turun ke bawah dan ambil teksi ke cawangan Shaklee KL Yang terletak di >>>>>>>>>
NO 32, JALAN SERI REJANG 3. Tambang teksi dalam lingkungan RM 8.50 - RM 10, bergantung kepada keadaan trafik semasa.

ML terlupa untuk ambil gambar di Branch KL, sebab ML minta pak cik teksi tunggu ML jadi ML tak nak buat pak cik teksi tertunggu-tunggu. Lepas beli produk, ML terus masuk teksi dan patah balik ke stesen LRT Wangsa Maju.


Gambar di atas adalah mesin beli 'tiket' LRT dalam bentuk coin. Coin adalah sedikit leceh dan risiko sikit, sebab bentuknya kecil dan ML takut lupa letak mana semasa perjalanan. Ya la, takut masuk poket seluar atau beg, nanti kena korek-korek bila dah sampai stesen. (Banyak pula komplen ML ni).


Jadi, selepas memborong produk Shaklee, dan balik ke KL Sentral, ML terasa ingin meneroka NU SENTRAL Mall yang terletak 'bersambungan' dengan KL Sentral. 

NU Sentral adalah bangunan bertingkat - ML tak pasti beberapa tingkat, tapi ML boleh agak-agak dalam 7 tingkat macam tu. Memang tinggilah. Sebab masuk sana je ML terus gayat. :P

Di bawah adalah beberapa gambar yang ML snap semasa berapa di NU Sentral. Boleh jalan-jalan sana lagi. Sebab apa? Senang nak pergi, hanya guna LRT atau Komuter atau KLIA Ekspress. Jadi tak perlu membawa kereta sendiri untuk masuk ke KL.










Gambar ini pula ialah semasa ML menunggu komuter untuk pulang ke UKM Bangi. Untuk anda yang tak biasa menggunakan Komuter KTM ini, ML ingin beritahu yang Komuter KTM mengkhususkan gerabak 3, 4 untuk kaum WANITA SAHAJA. Ini adalah untuk keselesaan dan keselamatan penumpang wanita semasa waktu puncak di mana penumpang bersesak-sesak. Jadi, anda di liar sana TOLONG ALERT, jika anda LELAKI - PLEASE GO TO OTHER COACH.


Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Umum : Waktu Operasi

Assalamualaikum. ML saja nak kongsikan maklumat waktu operasi ASNB cawangan Putrajaya. Sebab ML sendiri pun baru tahu waktu operasi pukul 8.15 pagi. Jadi apa salahnya ML berkongsi maklumat ini, agar kawan-kawan di luar sana yang ingin berurusan awal tahu. ******************************************* Ingin mendapatkan produk Shaklee? Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee? WhatsApp/SMS    ke ---  016 874 9195   Lenny Kedai E-book dan produk-produk ilmiah lain di  http://lenny-e-bookshop.blogspot.com/ Jemput singgah di Kedai ML di Lelong http://www.lelong.com.my/merchant/lennbj.htm

Mesej Berguna Dari Wasap

The Treatment of Laziness and Frustration Dr. Omar Abdul Kafi said that one day he was giving a Friday sermon in one of the Masjid. After the prayer a man who had a long hair and a long beard came to him. Surprisingly it showed that he did not care about himself at all. He told Dr Omar: "I am very lazy, with a lot of sleep. I hardly wake up, I only wake up to eat and go back to sleep again. I neglect my work, my future, and everything else and I don't care. My children think I am a strange person and very boring. I have a lack of enthusiasm, and I am always having frustration. What should I do please help me." Dr. Omar told him to ask Allah for forgiveness by saying "Astaghfir Allah" at least 100 times in a day, and to come back to him after one week, to tell him the result. The man said: "I am telling you I am lazy, I sleep more than 15 hours in a day. I am neglecting my prayers, my children and my work, and you are telling me to ask Allah for for...

𝗙𝗔𝗞𝗧𝗢𝗥 𝗞𝗘𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗠𝗣𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗘𝗠𝗔𝗦

  Berikut adalah beberapa faktor keuntungan simpanan emas untuk tuan puan fahami. 1. Nilai Kekal : Emas memang terkenal dengan nilai yang stabil. Walaupun di waktu ekonomi tidak menentu, nilai emas sentiasa kekal atau meningkat. 2. Pelindung Daripada Inflasi : Apabila harga barang naik, nilai emas biasanya juga turut meningkat. Simpanan emas tuan puan tidak terjejas oleh inflasi. 3. Kepelbagaian Pelaburan : Emas adalah cara yang baik untuk mempelbagaikan pelaburan tuan puan. Jika pasaran saham merudum, emas boleh membantu mengekalkan keseluruhan portfolio kewangan. 4. Permintaan Tinggi : Emas sentiasa ada permintaan tinggi, baik dalam industri perhiasan mahupun teknologi. Ini bermakna tuan puan boleh menjual emas pada  bila-bila masa jika perlukan wang. 5. Tiada Risiko Kebankrapan : Berbeza dengan simpanan di bank, emas tidak akan 'hilang' disebabkan masalah kewangan institusi. Emas adalah aset fizikal yang tuan puan boleh pegang. 6. Mudah Alih : Emas fizikal, seperti ba...