Assalamualaikum, Hi. Banyak berlaku di tiga bulan kebelakangan ini, yang menguji iman dan menguji kesihatan, juga kapasiti mental aku. Dari ujian ini semua, aku tahu setiap doa aku dimakbulkan (bukan kerana aku makbul doanya, tapi kerana Allah menjawab setiap doa hambanya). Ujian bulan-bulan kebelakangan ini juga menunjukkan betapa Allah ini sangat prihatin (details) dengan hamba-hambaNya. Dan setiap doa hambaNya Dia mengetahuinya. Aku belum boleh lagi untuk menceritakan pengalaman aku di sini secara terbuka, tetapi mungkin suatu hari nanti, hati aku tenang, jiwa aku tenang, aku akan karangkan pengalaman aku di sini. The point is, aku nak tekankan, apapun yang kita orang muslim doa, pasti dijawab. Sama ada kita melihatnya atau tidak. Jadi, aku sini ingin mendidik diri aku untuk terus meminta, terus berdoa kepada Allah dalam apa isu, dalam permasalahan pun, kerana Allah Tuhan yang tidak pernah lalai, tidak pernah tidur. Setiap hambaNya yang meminta, Dia Maha Tahu. Coret...
ramai kanak2 jatuh sakit bila musim2 panas ni... kesian tengok... :(
BalasPadamSalam.. haii.. Dramatic Uniq datang blogwalking kat sini.
Exchange Feed Group ada menganjurkan GIVEAWAY MEGA RAYA Dengan hadiah bernilai RM 3100.00 Jemput join tau. Boleh buat duit raya. Terima Kasih.. :)
Wsalam. Salam perkenalan. In shaa Allah akan melawat blog Dramatic Uniq.. :)
Padambila cuaca dah panas macam ni, kerap kena ulser :(
BalasPadam