Salam. Alhamdulillah. Hari ini kita mengenali lagi seorang blogger yang lahir dari Akademi Bekerja di Rumah iaitu Kizeewatty Zainal. Gambaran Blog Protégé Kelas Asas Blog Dan Penulisan: Apa yang saya dapat dengan berblogging? Teks: Kizeewatty Zainal Assalamualaikum w.b.t Setiap makhluk yang Allah jadikan ada peranan dan fungsinya di muka bumi dan alam semesta ini, tidak ada yang sia-sia. Ini salah satu janji Allah yang saya pegang selama mana saya hidup di bumi-Nya. Saya sedar ramai antara kita terutamanya kaum hawa yang merasakan hidup mereka kosong tidak ada hala tujuan. Pergi kerja balik kerja dan menjalankan rutin harian yang saban hari berulang sama dan akhirnya kita terasa jemu. Jangan rasa rendah diri dan fikir yang bukan-bukan kerana kewujudan kita ini ada sebab dan maknanya yang tersendiri yang belum kita kupas lagi. Apa sebab Allah jadikan kita? Secara peribadinya, saya rasa amat bersyukur kerana dilahirkan di bumi Islam dan dalam keluarga yang baha...