(Teks: Lenny Boniface) (Imej/Foto: Google) Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum. TRUE CALLING. Fahamkah anda maksud TRUE CALLING. Sepanjang saya menonton filem Barat lah, kalau ikut kefahaman diri saya sendiri True Calling bermaksud "tujuan yang ditentukan" atau "tujuan dalaman diri kita yang kita temui". Dan saya nak katakan kadang-kadang kita takkan jumpa True Calling kita sehingga kita ditunjukkan oleh Allah s.w.t. , melalui kejadian atau pencarian diri sendiri. OK. Hari ini saya hendak berkongsi True Calling saya yang baru saya 'temui', atau lebih tepat 'diketuk pintu hati' saya ini. 2 hari lepas saya menonton sebuah video dari Ustaz Muhammad Rashidi Abdullah. Beliau ialah orang Bidayuh. Orang Sarawak. Dan saya merasakan kami mempunyai 'pertalian' sebab sama-sama orang Sarawak dan sama-sama menemui Islam. Alhamdulillah. True Calling kita ni kadang-kadang bukan 1 sahaja ok. Ini adalah salah satu True Calling yang saya dapat...