Jumaat, 30 Oktober 2015

Perubahan dan Pertukaran

Assalamualaikum.

Hari ini hati merasa berat dan sedih.

Kenapa ya?

Saya akan bertukar tempat kerja baru. Walaupun masih jabatan yang sama. Tetapi, perasaan sayang kepada tempat sekarang ini tak boleh dibendung.

Ya Allah, rasa berat sangat nak pergi. Tapi, saya percaya Allah dah aturkan yang terbaik untuk saya. Saya harus menerimanya dengan berlapang dada, walaupun ada perasaan sedih.

Doakan kebaikan untuk saya ya.

Isnin, 19 Oktober 2015

Tak Mudah Berniaga

Assalamualaikum.

Hendak berniaga atau belajar berniaga, sungguh tak mudah (bagi LBJ la secara peribadi).

Jika emosi jenis macam LBJ ni, yanh sekejap turun sekejap naik ni, memang perjalanan perniagaan sukar dan perlahan. Sebab apa, bila mood tengah di 'atas', hari-hari akan buat promosi perniagaan.

Bila mood di 'bawah', bukan setakat promosi, nak tengok tablet pun susah.

Tetapi, jangan putus asa, cuba sedaya upaya untuk konsisten. Biarpun sikit, biarpun 2 saat kita update FB, tapi setiap tindakan kecil itu menandakan LBJ belum lagi putus asa, dan masih lagi berpegang pada perniagaan yang LBJ percayai. :)

CAIYOK! CAIYOK! kawan- kawan yang mengalami keadaan seperti LBJ ya. Jangan putus asa, dan yakin, boleh berjaya.

* ML (Mama Lenny)  tukar singkatan kepada LBJ (Lenny Boniface Jubilee). 

Jumaat, 16 Oktober 2015

Ringkasan Tawaran / Promosi Oktober 2015

Assalamualaikum.

Masih belum terlambat untuk ML untuk mengemukakan ringkasan tentang tawatan/promosi Shaklee yang masih berjalan di bulan Oktober 2015.

Isnin, 12 Oktober 2015

Menuju Kebaikan

Assalamualaikum.

Jadikan setiap hari hidup kita, kita kongsikan tulisan-tulisan dan kisah-kisah tentang kebaikan dan manfaat.

Kita kongsikan pendapat dan pemikiran yang baik kita agar menjadi catatan dan nota dalam kehidupan di dunia ini.

Jom, menuju kebaikan.

Rabu, 7 Oktober 2015

Prubahan dan hidup

Assalamualaikum.

Bila berlaku perubahan dalam aspek tempat kerja, ia mempengaruhi mental, rutin harian dan perasaan dalaman.

ML dalam mengalami perubahan di tempat kerja. Dan dalam proses menyelaras semula rutin harian, terutama dalam aktiviti blogging.

ML rasa setiap perubahan adalah proses pembelajaran dan penyesuaian semula diri dan mengekalkan azam untuk kekal produktif.

In shaa Allah, semua akan berjalan lancar. Amin.

Selasa, 6 Oktober 2015

Nak ke Oversea ke Kita?

Assalmualaikum.

Hari yang baru, azam yang lama - nak berjaya dalam bisnes Shaklee.

Alhmadulillah. Setiap hari ada benda baru nak belajar.

Hari ini, ML bagi ilmu berkaitan VISA. Pengetahuan umum. Jika nak lebih terperinci sila layari www.imi.gov.my.

Sekiranya, anda hendak pergi ke mana-mana luar negara perlukan persiapan khas terutamanya dokumentasi.

Pertama sekali, pastikan ada Pasport Antarabangsa Malaysia.

Kedua, sila semak jika negara yang hendak dilawati itu perlukan Visa, anda perlu buat permohonan Visa dahulu sebelum boleh memasuki negara berkaitan.

OK. Persoalan : Di mana hendak dapatkan Visa?
Jawapan : Tengok negara yang hendak dilawati, jika nak pergi India, pohon Visa di Kedutaan India di Malaysia. Dan jika hendak melawat USA, pergi ke Embassy USA untuk pohon Visa.

Pesanan tambahan, pastikan permohonan Visa dibuat terlebih dahulu sebelum membeli tiket. Takut nanti tiket dah beli, Visa tak sempat dikeluarkan.

Semoga bermanfaat.