Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2016

Nota Untuk Diri Sendiri untuk Berjaya

Assalamualaikum. Malam yang indah untuk bersantai bersama keluarga mahupun untuk "me time". Malam ni banyak yang bermain di fikiran. Sehinggakan saya sendiri tak tahu apa yang hendak dibicarakan dalam alam maya ini. OK. Let's pick a topic. Perubahan. Apa yang hendak diubah. Jadi, saya akan kongsikan buah fikiran yang sedang bermain ini. Sekarang ini, saya cuba ingin berubah dan mengubah keadaan diri saya, keluarga dan ekonomi keluarga (termasuk diri sendiri punya ekonomi). Bagaimana? Saya pun  bukan tahu sangat, tetapi saya ada gambaran dan panduan yang perlu diikuti. Sebenarnya perubahan adalah sesuatu yang berat dan sukar, kecuali saya ini nekad dan cekal untuk mengubah diri sendiri. In shaa Allah, saya akan cuba dari langkah-langkah kecil sehingga saya boleh terbang. OK. FOKUS (ini kata kepada diri saya) Apa yang perlu dibuat? (benda ini saya kena selalubaca/tengok agar saya asah fokus saya) 1. Tahu/tuliskan cita-cita dan keinginan.     - Nak i...

Amal dan Latih untuk Tabung Akhirat

Assalamualaikum. Bersiaran di waktu malam. Iman dah tidur. Ingat nak buat sedikit aktviti online. Nak buatlah catatan sedikit di blog ini untuk reminder diri sendiri. Mengingat balik detik-detik saya mengalami pendarahan hari itu, saya amatlah sedih dan risau sekiranya kandungan saya tidak dapat diselamatkan. Saya berdoa dalam hati berkali-kali mohon anak ini dipanjangkan usia dan nyawa serta diberikan kesihatan yang baik. Memang itu yang benar-benar berlaku. Dan saya ingin mengingatkan diri saya supaya jangan hanya memohon dan merayu pada Rabb ketika kecemasan sahaja mahupun ketika saya dalam keadaan di hujung nyawa. Saya seharusnya dan sewajibnya, mengajar dan melatih diri saya untuk memohon dan merayu selalu pada Allah yang Maha Kuasa sepanjang masa. Susah kan? Saya sendiri mengalaminya. Sekarang saya sihat dan tiada apa-apa komplikasi, doa pun kurang. Betapa nipisnya yang akal kita dan iman kita. Mulai hari ini, saya akan belajar dan melatih diri saya untuk memohon ...

Erk! Salah siapa?

Assalamualaikum. Hampir sebulan tak update blog. Nak salahkan siapa ya saya tak update blog? Tapi memang susah nak elak mood swing masa kehamilan ini. Kehamilan kali ini, saya banyak kena pening kepala, loya-loya. Kira kali ini, saya agak banyak cabaran berbanding semasa hamilkan Iman. Saya tak ingat, tapi semasa hamilkan Iman, saya rasa macam semua ok. Kali ini, selalu pening loya. Setakat hari ini, pening loya dah beransur kurang. Alhamdulillah. Walaupun bulan lepas, saya mengalami pendarahan, Alhamdulillah bayi selamat dan sihat. Dan saya doakan sehingga bersalin. Hari ini ada checkup di klinik kesihatan. Tapi awal-awal kehamilan begini (dalam 12-20 minggu) belum ada apa-apa yang menarik lagi. Yang menarik, bila check up nak scan jantina tu nanti. :) Ok lah. Saya rehat sini ya. Nanti sambung catat lagi pengalaman mengandung. Peace yo.

Botox dan Lelaki

Assalamualaikum. Santai-santai petang sambil baca majalah. Nampak tak gambar yang saya upload ni? Hmmm... lelaki zaman sekarang sudah mula mengamalkan penjagaan 'kecantikan' atau paras rupa. Secara peribadi, LBJ lebih suka kepada rupa wajah yang semulajadi, rapi dan kemas. Berbanding mengejar olahan paras rupa melalui suntikan atau pembedahan. Kepada jejaka-jejaka di luar sana yang ingin mengamalkan penjagaan kulit, LBJ sarankan banyakkan menjaga pemakanan, mengamalkan senaman, dan mengambil supplemen. + minum air banyak. Cara lebih semulajadi adalah lebih baik daripada mengubah bentuk wajah. Supplemen Shaklee menawarkan beberapa produk yang membantu mengekalkan kesihatan kulit wajah dan awet muda. Antara yang disyorkan untuk wajah flawless dan awet muda ialah : 1. VIVIX 2. COLLAGEN POWDER 3. ESP 4. VITA-E 5. VITA-C 6. B COMPLEX In shaa Allah dengan mengamalkan supplemen seperti di atas secara konsisten dan berpanjangan, anda sekalian akan...

Macam Mana Cara Mengatasi Hb Rendah Ketika Mengandung?

(credit to/sumber  : http://siraplimau.com/ ) (Imej : Google Image) Hb Rendah Bagi orang yang tidak faham, tentu terkedu dan terpinga-pinga bila kawan-kawan yang hamil asyik cerita pasal Hb. Asyik-asyik Hb. Apa itu Hb? Untuk yang tidak tahu, Hb itu sebenarnya, singkatan untuk hemoglobin. Baik, sekarang anda bertanya pula, “Apa itu hemoglobin?” Sila senyum sekarang, kerana anda tidak perlu bertanya kepada cikgu biologi lagi. Kami sudah buat persediaan kerana tahu anda akan tanya soalan ini. Apa itu hemoglobin (Hb)? Menurut Wikipedia , Hemoglobin (kependekan: Hb) merupakan molekul protin di dalam sel darah merah yang bergabung dengan oksigen dan karbon dioksida untuk diangkut melalui sistem peredaran darah ke tisu-tisu dalam badan. ion besi dalam bentuk Fe+2 dalam hemoglobin memberikan warna merah pada darah. Dalam keadaan normal 100 ml darah mengandungi 15 gram hemoglobin yang mampu mengangkut 0.03 gram oksigen. Aras hemoglobin biasanya ditentukan sebagai jumlah...