Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2016

Kisah selepas 'Buang Angin'

Assalamualaikum. Agak lama LBJ tak bersiaran. Wow! Ingat tak entri terakhir LBJ cerita tentang 'buang angin'. Sebenarnya, ya memang berkesan untuk buang angin, tetapi kisahnya tak seperti yang disangka. LBJ sendiri pun tidak menjangka. Hari tu, yang LBJ rasa nak demam tu, sebenarnya bukan sebab cuaca panas, tetapi disebabkan LBJ bakal diserang campak. Alhamdulillah. Walaupun kena campak namun LBJ tak diserang demam panas. Rasa macam nak demam sahaja. Kisahnya begini. Hari Isnin, LBJ ada appoinmen di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak. Masa tu memang rasa lain macam. Sampai petang nya, memang terasa nak demam. Siap bagitahu nurse. Nurse kata boleh ambil panadol sekiranya demam. Mendiang mak LBJ pun kata demikian. Lepas tu ok la, dah siap jumpa nurse dan check-up semua, balik la. Tapi memang rasa nak demam. Balik-balik terus telan panadol 2 biji, takut demam melarat jika lambat makan ubat. Malamnya, minta En Husband 'buang angin'. Fuh memang lega lah masa tu. Badan...