Assalamualaikum. Salam Jumaat. Tadi dalam otak ada benda nak kongsikan. Tiba-tiba sembang dengan kawan baru tadi terus hilang topik. Haduh macam mana ni? OK la. Macam ni LB nak sembang pasal breastfeeding la macam ni. LB terjumpa satu blog/website yang bercerita tentang 'exclusive pumping'. Dan cerita-cerita di sana sangat membantu ibu-ibu yang hendak breastfeed melalui pumping. Jika baca kisah-kisah nya ini url nya : http://exclusivepumping.com/ LB sendiri terinspisrasi mengenai exclusive pumping ni. Sebenarnya ramai ibu-ibu di luar sana yang struggle bila berkaitan breastfeeding ini. Dan banyak isu-isu yang ibu-ibu sendiri tak tahu bagaimana nak ceritakan dan selesaikan. LB sendiri pun mengalami masalah yang sama. Sehinggakan LB sendiri rasa tertekan. Namun, setiap ibu mengalami sitausi yang berbeza, masalah yang berbeza. Ada ibu-ibu yang ditakdirkan menyusukan anak tanpa ada apa-apa isu atau masalah. Tetapi tak kurang juga menghadapi pelbagai kekangan dan i...