Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2017

Usaha dan Doa mesti Bergandingan

Assalamualaikum. Sambil-sambil kita usahakan dengan usaha fizikal dan duniawi untuk kesembuhan dan perawatan, kita juga semestinya mengiringnya dengan doa kepada Allah untuk kesembuhan dan rawatan. Kesembuhan dan kesihatan kita datang dari Allah. Letakkanlah pengharapan sepenuhnya kepada Allah s.w.t., kerana sesungguhnya nyawa kita berada di tangan Allah s.w.t. . Dan Allah s.w.t yang empunya rahmat tanpa batas, dan menguasai segala sesuatu. Maka selayaknya, Allah s.w.t tempat kita memohon kesembuhan. Allahua'alam.

Kisah Ibu Sakit Badan dan Akibatnya

Shidah termenung jauh di sofa ofis. Dan kawan sepejabat, Nina memerhatikannya. Macam ada sesuatu tak kena. Nina pun mendekati Shidah dan duduk di sebelah. "Shidah, kenapa ni? Sedih je." Tanya Nina Shidah senyap seketika. "Sebenarnya aku rasa sedih sikit la hari ni." Gambar Hiasan "Kenapa pula?" "Aku kebelakangan ini sakit-sakit badan la Nina. Nak buat kerja rumah pun rasa macam susah sangat. Nak main dengan anak sembil berbaring pun sakit. Kadang-kadang, dah duduk di lantai nak bangun ambilkan susu anak, atau nak dukung anak, Ya Allah azabnya." Shidah berhenti seketika. "Yang buat aku sedih ialah, aku nak bermain dengan anak-anak, nak main lari-lari pun susah. Nak buat apa-apa untuk anak pun susah. Kadang-kadang aku terpaksa biarkan anak-anak aku main sendiri-sendiri. " "Sian ko kan. " Nina pun senyap seketika sambil-sambil menghayati kesusahan Shidah. Tiba-tiba Nina bersuara, "Apakata ...

Set Shaklee untuk Setiap Peringkat Hidup Wanita

Assalamualaikum. Bagaimana anda mengenali produk-produk Shaklee? Selalu yang saya dengar dari kawan-kawan sepejabat, mereka membeli produk Shaklee semasa mereka perlukan makanan tambahan untuk tambahkan susu. Tapi, tahukah kakak-kakak, adik-adik sekalian, yang sebenarnya produk Shaklee bukan sahaja untuk waktu menyusu sahaja, malah lebih dari itu. Saya tak nafikan saya sendiri mengambil produk Shaklee sewaktu saya menyusu anak sulung saya. Pada mulanya saya skeptikal, walaupun dah membeli produk Shaklee, tapi tak makan lagi. Tapi dengan izin Allah, status seorang kawan pejabat telah membuka mata saya, yang produk Shaklee ini memang berkesan. Kita berbalik kepada kaum hawa dan produk Shaklee ini. Sebenarnya kita memerlukan makanan tambahan untuk mengisi 'lompong' nutrien dalam badan kita. Apabila kita makan, tidak semua makanan membekalkan nutrien yang cukup besar untuk tubuh kita. Cuba buat catatan pemakanan kita seharian. Kita akan perasan yang makanan kita tidak memen...

GLA Comple Shaklee dan Wanita

Assalamualaikum. Hari ini, kita mulakan dengan perkongsian kebaikan salah satu produk di dalam Shaklee. Saya memilih untuk kongsikan produk GLA Complex. Kenapa saya pilih GLA Complex? Pertama sebab saya wanita dan saya peka dengan produk yang memberikan kebaikan yang banyak kepada wanita. Kedua, promosi istimewa untuk GLA Complex bulan ini. Ketiga, ingin tingkatkan kesedaran tentang keentingan GLA ini untuk semua. Sebenarnya GLA ini bukan hanya untuk golongan wanita sahaja malah lelaki juga boleh mengambil GLA. Tetapi kerana GLA Complec lebih kepada memberi kesan baik kepada wanita yang mengalami masalah sewaktu kedatangan haid, maka produk ini lebih condong kepada golongan wanita. GLA dalam bahasa saintifiknya ialah GAMMA LINOLENIC ACID.  Ini adalah sejenis asid lemak juga, dan tidak boleh dihasilkan secara semulajadi oleh badan kita. Apa Kebaikan GLA? A. Kulit yang Cantik dan Sihat -  Kulit yang cantik dan sihat adalah kulit yang cukup kelembapan dan GLA membant...

Segi Empat, Persepsi dan Kepercayaan

Assalamualaikum. Saya ingin kongsikan sesuatu  yang saya dapat dari Program Team Building. Saya telah menghadiri satu program TeamBuilding yang dianjurkan oleh Mdec pada 27 Oktober 2017 sehingga 29 Oktober 2017. OK, bukan saya nak kongsikan tentang pengalaman Team Building, tetapi saya ingin kongsikan tentang inspirasi dan aspirasi yang saya dapat dalam satu daripada permainan tersebut. Macam mana main permainan itu? Fasilitator  berikan arahan bagaimana permaian itu dijalankan. Arahan nya ialah: 1. Letakkan kedua kaki di dalam 'segi empat' 2. Apabila arahan 'TUKAR'diberikan, bergerak ke segi empat yang lain. 3. Permainan tidak akan diteruskan sehingga kedua-dua kaki di dalam segi empat. * Permainan ini kena dijalankan di dalam kumpulan besar. * Segi empat yang diberikan oleh fasilitator adalah helaian surat khabar. Semasa permainan berjalan, pada awal permainan peserta bermain dengan santai, sebab tiada kiraan masa. Sehingga suatu tempoh di dalam permain...

Protein dan anda. Tahukah anda fakta-fakta tentang Protein?

Assalamualaikum. Tahukah anda, tubuh badan kita (manusia) asasnya adalah protein? Umpamakan protein adalah blok binaan tubuh badan. Kalau kita bina rumah batu, yang membentuk struktur rumah dan dinding adalah batu-bata - Lebih kurang begitulah protein kepada tubuh kita. Sebenarnya kita hari-hari makan protein, tetapi adakah kita tahu protein yang kita ambil itu berkualiti dalam membentuk sel-sel tubuh kita? Saya hendak kongsikan beberapa fakta yang saya belajar dari Shaklee: 1. Fakta tentang protein dan tumbesaran: Protein adalah nutrien penting sewaktu di alam kanak-kanak, remaja dan kehamilan. Protein membantu membina sel-sel, menyokong sistem imun dan membantu mengoptimalkan fungsi-fungsi di dalam tubuh,  termasuk menghasilkan rambut yang bersinar, kulit lebih licin dan kuku lebih kuat. Protein dan komponen-komponennya - asid amino juga berfungsi sebagai hormon, enzim dan sebagai pengangkutan kepada nutrien-nutrien lain. 2. Fakta tentang Protein dan tenaga leb...

Promosi 3 Hari - Ostematrix

Assalamualaikum. Bersiaran di waktu malam. Menahan mata kerana hendak menyahut cabaran 10 entri. Alhamdulillah, hati masih teguh dengan produk Shaklee.  Hari ini nak cerita tentang promosi Shaklee untuk 3 hari bermula 18/10/2017 sehingga 20/10/2017. Promosi Ostematrix  selama 3 hari adalah pembelian 3 dengan diskaun sebanyak 5%. Menarik dan menjimatkan. Ini adalah bersempena hari osteoperosis. Berapa ramai yang peka dengan isu osteoperosis? Saya rasa dah ramai yang dah peka dengan isu ini. Tahu tak kenapa? Sebab sekarang banyak iklan berkaitan produk yang menghalang osteoperosis di dalam TV. Saya sendiri, pun tahu tentang osteoperosis melalui TV. Kita lupakan sekejap TV ya. Berbalik kepada Ostematrix ini, golongan wanita adalah kumpulan yang sangat memerlukan Ostematrix ya. Mari saya ceritakan kenapa. Wanita ini bermula remaja, mengalami haid. Ikut sensei Cina dulu-dulu, haid ini mempengaruhi tulang ( saya sendiri tak sahih pasal ini ya, just na...

Mesej Kecil - Mari Menjana Pendapatan

Assalamualaikum. Dah lama saya berblogging, saya macam terlupa sesuatu. Terlupa nak beritahu yang saya pengedar Shaklee di kawasan Bandar Baru Bangi, Putrajaya dan Cyberjaya. Maksudnya saya boleh c.o.d di area Bandar Baru Bangi, Putrajaya dan Cyberjaya. Sekiranya, anda ada keperluan akan produk Shaklee, boleh whatsapps saya di 016 874 9195.  Bukan itu sahaja, Shaklee menawarkan peluang untuk menambah pendapatan dengan menjadi pengedar sah Shaklee. Untuk para wanita, ini adalah peluang keemasan untuk anda. Tak kira, anda wanita bekerja, suri rumah, tengah mencari kerja, yang sedang belajar di universiti, ini adalah pilihan untuk anda menjana pendapatan. Sekiranya, anda berminat, boleh tinggalkan mesej di Whatsapp 016 874 9195 atau emel lenny.boniface@gmail.com.

Menulis dengan Usaha

Assalamualaikum. Bersiaran di waktu pagi. Hari ini kita bercakap tentang penulisan. Bagaimana nak menulis? Susah juga nak jawab soalan ini. Daripada beberapa bacaan saya, hendak menulis tak senang. Tetapi untuk menjadi seorang penulis yang senang nak menulis bila-bila masa sahaja, serta boleh menulis apa sahaja, seseorang itu perlu bermula dengan menulis setiap hari. Tak kira la apa sekalipun yang ditulisnya. Janji tulis/karang. Menulis ini satu bakat, tapi bagi yang rasa dia tidak berbakat tidak bermakna anda tidak boleh menulis. Anda boleh. Cuma anda perlu berlatih hari-hari. Tuliskan sahaja apa sahaja yang terlintas di dalam otak. Tapi tulis la yang baik-baik sahaja. Kerana hidup kita mengajak kepada kebaikan. Saya sendiri pun sedang usaha untuk menulis dan mengarang. Saya ingin menghasilkan karya berasaskan cerita seram dan misteri. Belum ada ilham lagi. Itu sahaja sedikit perkongsian pagi. Sambil belajar mengarang.

Bulan Oktobe Bulan Hebat

Assalamualaikum. Hari Isnin, hari yang positif dan ceria. Semua berdasarkan perspektif diri. Sudah bermula bulan Oktober. Bagi kami yang berkecimpung dalam Shaklee, Oktober memberikan kelainan dari bulan lain. Ada OFFER. OFFER apa ya? ESP - Energizing Soy Protein. Sesiapa yang pernah minum protein soya ini, (kebiasaannya ibu-ibu menyusu) akan mencintai ESP ini. Ibu-ibu, kalau menyusu badan, cepat lapar dan letih. ESP ini membantu ibu-ibu menahan kelaparan yang keterlaluan akibat menyusu badan, selain itu, badan lebih bertenaga. Saya sendiri merasainya. Kisah ini pernah diceritakan dahulu. Takpelah saya ulang dalam versi pendek. Saya pernah membeli set menyusu Shaklee. Dan set ini datang dengan ESP. Tapi saya tak minum ESP. Saya makan sahaja vitamin-vitamin lain. Sehinggalah suatu hari saya terbaca status ofismate yang minum ESP semasa berpuasa dan pada masa yang sama menyusu badan. Status FB beliau lebih kurang bermaksud begini : Minum ESP berpuasa tak lapar sangat dan tak le...

Kejayaan Kecil Diri ini

Assalamualaikum. Saya ingin mula balik keinginan saya untuk menulis dan membaca. Kehidupan ini, memang sangat mengganggu keinginan kita. Saya dulu suka membaca. Tak tau la sebab genetik atau dari kecil suka membaca. Masa bujang dahulu pun masih juga suka membaca. Selepas berkahwin, memang susah hendak meluangkan waktu dengan buku, terutama bila ada anak-anak yang perlukan jagaan dan perhatian. Tapi, usah jadikan itu alasan. Membaca itu bagi saya secara peribadi adalah sangat 'liberating'. Hari ini saya berjaya membaca buku sebanyak 5 ke 6 mukasurat. Bagaikan satu kejayaan kecil bagi diri ini. Saya harus menambahkan usaha lagi untuk membaca dan kurangkan 'browsing' dalam smartphone seharian. Tapi saya tak nafikan, saya sangat suka menonton filem / movie. Serius saya katakan saya boleh habiskan masa banyak dengan menonton movie dan drama kegemaran. Saya harus membahagikan masa yang bersesuaian untuk dua-dua hobi saya ini, membaca dan menonton wayang. Ya la, movie ...

Special nya Radiant 4

 Assalamualaikum. Kulit yang sihat, cantik dan berseri-seri adalah impian ramai wanita, bahkan ada juga kaum lelaki yang juga mengimpikannya. Tahu tak pengambilan supplemen boleh membantu anda untuk mendapat kulit yang berseri-seri. Kerana dalaman yang sihat boleh membantu mencantikkan kulit.          Bulan September ini, Shaklee melancarkan Set Radiant 4. Set ini, mengandungi nutrient yang disasarkan untuk membantu meremajakan kulit, selain itu membantu anda melawan oksidan di sekeliling kita.   Dalam Set ini terdapat : 1. ESP 2. Collagen Powder 3. Vitamin C 4. GLA Complex   Empat-empat produk ini boleh membantu kulit anda dalam: 1. Membina 2. Menegangkan 3. Melindungi 4. Melembapkan     Tahukah anda : 1. Jika mengambil protein yang mencukupi boleh membantu mencantikkan kulit? 2. Semakin usia meningkat, kolagen dalam tubuh makin berkurang, sebab itu kulit kita kendur dan sendi-sendi mula sak...

September Specials

Assalamualaikum. Lambat pula saya buat posting pasal September Specials ini. Lebih baik lambat daripada tidak post langsung kan. Untuk anda yang bukan ahli Shaklee, saya mengalu-ngalukan anda untuk menjadi ahli supaya dapat bersama-sama menikmati September Specials ini. Pada 16  September 2017 ini, anda (ahli Shaklee) mendapat peluang cabutan bertuah. Syarat-syarat nya tertera di dalam poster di bawah. Untuk cabutan bertuah ini, pembelian secara online atau walk-in semuanya layak dengan pembelian sebanyak 200 UV dalam satu resit. Bukan itu sahaja, sekiranya anda walk-in ke HQ Shaklee dan cawangan, terdapat acara seperti pemeriksaan kesihatan, talks (cawangan tertentu sahaja) dan ada juga acara untuk anak-anak. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Shaklee ya. Specials kedua di Shaklee pada bulan ini ialah Radiant 4 set (sila rujuk poster di bawah). Kepada anda lelaki atau wanita yang ingin mendapatkan kulit yang berseri-seri dan sihat, boleh lah...

Pengalaman Pertama Anak Sulung Jumpa Dentist

Assalamualaikum. Saya nak share momen kali pertama anak sulung saya pergi ke dentist. Ye la, susah tau nak bagi Iman cuba benda yang baru dan asing ni. Hari sabtu lepas, 19.08.2017, saya dah rancang untuk membawa Iman ke mana-mana dentist untuk tampal giginya yang dah berlubang. Lubang besar pula tu. Panjang kisah nya, tapi saya pendekkan sehingga saya sampai ke Klinik Pergigian Putra Kajang. Tak jauh dari rumah kami. Sampai ke Klinik pun sebab guna Google, Google Map, dan Waze. Heheheh.. punya lah nak juga cari klinik pergigian kan. Ini pun kira cubaan pencarian kali ke 4 baru jumpa Klinik ini. Alhamdulillah. Allah memang nak bawa kami ke sana. Sampai-sampai klinik ini, saya terus tanya " Boleh walk-in ke?" Alhamdulillah, boleh. Secara peribadi saya suka suasana klinik ini.  Iman ada sudut  nak main sementara menunggu.  Juga disediakan buku-buku yang berkaitan. Cuma sayang  ada buku telah dirosakkan.  Tengok gambar pun dah best. Environment...

Hendak Maintain Tenaga Yang Stabil?

Assalamualaikum. Pernah kah anda mengalami kelaparan yang amat sangat pada waktu tertentu? Misalnya sebelum tengah hari, ( waktu-waktu dekat-dekat nak haid atau semasa haid). Saya kebiasaan akan mengalaminya waktu-waktu sebegitu, terutama dekat-dekat tengah hari. Ataupun anda jenis yang selalu terasa lapar sepanjang masa? Saya pernah belajar pasal makanan ini. Pasal Glisemik Indeks atau GI. Saya terangkan sedikit mengenai GI ini. Makanan ini ada ideks glisemik. Mengikut penerangan dari website www.glysemicindex.com - The  Glycemic Index  ( GI ) is a relative ranking of carbohydrate in foods according to how they affect blood glucose levels. Carbohydrates with a low  GI value (55 or less) are more slowly digested, absorbed and metabolised and cause a lower and slower rise in blood glucose and, therefore insulin levels. Maksudnya, GI ini adalah penetapan tahap karbohidrat dalam makanan dan bagaimana ia mempengaruhi tahap gula dalam darah.   Karrbohidrat ya...

Berdakwah itu apa?

Assalamualaikum. Dah lama tak meluahkan isi kandungan otak dan hati di blog kesayanganku ini. Apa khabar? Hari ini saya nak kongsi rasa dan pendapat. Apa pendapat anda tentang dakwah? Coretan ini adalah berdasarkan pendapat saya ya. Tiada sumber. OK. Pada pendapat peribadi saya, dakwah adalah ilmu yang kita ada kita sampaikan. Contoh, cikgu saya, dia ada ilmu sejarah, dia sampaikan kepada saya setiap hari. Itu adalah dakwah. Bagi saya dakwah itu penting, tanpa dakwah, saya tidak akan bertemu cahaya Islam. Dakwah itu penting untuk manusia mendapat pendedahan dan ilmu. Orang biasa macam saya ini boleh berdakwah ke? Saya tidak tahu. Tapi apa salahnya jika ilmu yang diukur dengan sudu kecil, saya kongsikan dengan orang kan. Kongsikan, bukan paksakan.

Kemas dan Bersih

Assalamualaikum. Kemas dan bersih serta simple adalah amat penting. Bagi saya, saya bukan seorang yang 'organized'. Tapi hari ini, saya amat memerlukannya - Organized and declutter. Saya jenis orang yang paling susah nak mengemas dan 'membuang' barang. Semua benda nak simpan. Itu personaliti saya. Hari ini saya hendak berubah kepada personaliti seorang yang selalu kemas bersih dan simple. Banyak faktor yang membuatkan kita berubah. Nanti saya akan tuliskan satu per satu.

Nutriferon Shaklee - Pengenalan

Assalamualaikum. Hari ini saya ingin memperkenalkan produk Shaklee - Nutriferon. Produk ini saya sendiri pernah makan dan akan makan sekiranya badan kurang sihat. Apa fungsi Nutriferon ini? Nutriferon ini diformulasikan untuk membantu meningkatkan sistem imun tubuh badan Secara persendirian, Nutriferon ini sangat bagus dan berkesan.Jika anda rasa anda atau ahli keluarga anda jenis yang senang mendapat sakit seperti flu, batuk dan demam, cuba amalkan pengambilan Nutriferon untuk tingatkan sistem imun tubuh. Apa beza Nutriferon dengan ubat-ubat dan supplemen lain? Sebab ia memang dicipta khusus untuk sistem imun, selain itu ia semulajadi dan organik. Produk yang semulajadi sepatutnya menjadi pilihan ibu-ibu dan bapa-bapa. Selain itu ia mudah hadam. * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended o diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia. Nak bel...

Ah huat Coco Review

Assalamualaikum. Bulan lepas saya menerima satu sampel minuman koko dari Ah Fatt. Dihantar melalui pos. Dalam sampel itu ada 2 paket. Maka saya pun cuba.   Add caption Ikut panduan yang tertera di paket, ada dua cara boleh menikmati Coco Ah Huat ini iaitu sejuk atau panas.   Saya suka minuman panas, jadi saya bancuh dengan air panas. Apa rasanya? Sedap lemak berkrim.     Jika berminat mencuba Ah Huat Koko boleh lah dapatkannya di kedai bedekatan.

Log Ramadhan 5

Assalamualaikum. Bukan senang nak keep up dengan catatan sendiri. Maksud akak, bila kita kata nak catat setiap hari, ada saja yang membawa kita ke kerja lain. Boleh juga disebut halangan. Tapi bagi saya la kan tu bukan halangan tapi distraction.  Banyak yang saya nak buat tapi tak terbuat kerana kuasa fokus saya sangat lemah. Kena latih tubi nampaknya. ****rehat***** Sekarang ini malam. Ingin menambahkan entri di blog.  Sebentar tadi melawat blog zenhabit. Saya suka gaya penulisannya. Dan penulisannya berpengaruh. Untuk menjadi penulis yang efektif bukan ambil masa sehari dua. Tapi bertahun-tahun dengan latihan setiap hari. Semoga saya boleh mencapai gaya penulisan efektif.

Log Ramadhan Hari ke - 3

Assalamualaikum. Alhamdulillah Ramadhan ke 3. Hari ini bersahur macam biasa. Cuma semalam tak sempat buat bubur nasi Aina untuk bekalnya hari ini. Hari, saya berada di Hospital Serdang untuk followup kardio. Tak ada apa yang menarik lagi, masih menunggu. Semoga saya bertabah.  *****rehat****

Log Ramadhan 2017 yang Pertama

Assalamualaikum. Kali ini saya buat lagi catatan berkaitan Ramadhan yang saya lalui tahun ini. Nak sangat rekodkan untuk tatapan diri sendiri di masa hadapan. Harin ini Ramadhan Pertama. Bangun sahur. Tapi otak belum adjust untuk suasana berpuasa. Sipi-sipi lagi tadi nak capai makanan. Saya doakan Ramadhan tahun ini, saya boleh baca Al-Quran a.k.a paksa diri baca Al- Quran biar 1 ayat pendek. Amin Amin Amin. Makbulkanlah doa saya. Semalam saya dan geng pejabat ada majlis Tahlil dan baca Yasin. Tiba-tiba saya diberikan ilham oleh Allah yang Maha Berkuasa, - Persoalan dan permasalahan yang saya hadapi sekarang ialah berkaitan DOA. Iman saya nipis, ilmu cetek. Semalam saya mendapat ilham dari Allah berkaitan Doa. Doa adalah hubungan kita dengan Allah. Selama ini saya anggap doa ini macam permintaan kita. Tapi semalam saya mendapat ilham - bahawasanya doa adalah hubungan kita dengan Allah. Doa menunjukkan kebergantungan manusia kepada Allah, dan menunjukkan bahawa kita percaya Al...

Doaku Untukmu

Assalamualaikum. Hari ini 26 Mei 2017 - Jumaat, hari terakhir sebelum bermula Ramadhan. Dengan ini, saya ingin mendoakan dan mengucapkan Selamat Berpuasa di Bulan Ramadhan kepada semua. Semoga semua diberi pengampunan dosa dan keberkatan pahala. Amin.

Perasaan hari ini

Assalamualaikum. Hari ini nak catatkan perasaan saya. Pernah tak saya katakan dulu, bahawa saya tak pernah bayangkan saya akan berkeluarga.  Entah. Tiada siapa yang boleh meramalkan takdir Allah dan menghalangnya.  Hari ini saya mempunyai suami dan 2 anak. Siapa pernah sangka kan. Kenapa saya nak catatkan ini?  Entah sebagai bukti bahawasanya kita takkan agak apa akan jadi masa depan.  Dulu saya sangat 'lone ranger' ke mana sahaja seorang, janji mak tak halang. Sekarang ke mana sahaja ada 3 orang ikut. Kecuali kalau kerja ataupun saya kena pergi tanpa keluarga. Entri hari ini tanpa dirancang. Cuma nak catat sebagai rakaman kehidupan saya.  Pesanan saya, walau apapun situasi hidup kita, sentiasa bersyukur. Sebab itu semuaa kurniaan dari Allah.

Petua Atasi Hidung Sumbat di Kalangan Bayi dan Kanak-kanak (tanpa ubat)

Assalamualaikum. Bersiaran lewat malam ni. Baru balik dari meronda-ronda di bandar Putrajaya dan Bangi. Saja nak buat sharing dan juga sebagai nota sendiri di masa hadapan (or maybe nota untuk anak di masa akan datang bila ada anak sendiri. Mana tau kan). Kisahnya Aina dan Iman selsema kebelakangan ini. Dan malam-malam kadang-kadang hidung mereka sumbat akibat selsema. Tadi baru teringat dulu suami ada amalkan satu petua ni, guna bawang merah dan bawang putih. Ada sekali tu, suami hidung sumbat akibat selsema, jadi pak mertua bagi la satu petua dia dapat dari internet, iaitu dengan meletakkan bawang merah dan bawang putih dipotong-potong di dalam bilik masa tidur. Berkesan juga. Suami pun kata hidung clear, hilang sumbatnya. Jadi malam ini, saya pun minta tolong suami buatkan bawang potong letak di dalam bilik. Semoga membantu si kecil kami tidur lebih lena. Kemudian, masa suami potong-potong bawang tadi, tiba-tiba tanya pasal kunyit hidup. Baru teringat, ada orang bagi ...

Kisah Puting Luka

 Assalamualaikum.   Waduh.. waduh waduh... sungguh lama tak meng-update blog kesayangan beta ini. Alhamdulillah. Hari ini ada kesempatan sedikit untuk meng-update perkembangan terkini beta ni.   Salam Jumaat ye. Lupa pula.   Kebelakangan ini saya mengalami macam-macam hal sikit. Yang paling ingin nak kongsikan ialah 'kecederaan' pada puting akibat penyusuan badan. Sewaktu anak pertama saya mengalami juga 'kecederaan' puting. Tapi tak teruk.   Kali ini agak teruk sehingga saya trauma hendak menyusu badan atau mengepam susu.  Susu badan pun merudum. Erm alahai...   Apapun, saya cuba mengubati puting luka ini. Puting saya kelihatan seperti  melecet, berkuping dan juga sedikit luka-luka kecil seperti bintik.   Keadaan semakin teruk semasa saya balik kampung 18hb April lepas. Disebabkan kerap menyusu sewaktu di kampung, luka dan lecet makin menjadi-jadi. Saya belum lagi menemui doctor lagi kerana fikir keadaan masih bole...

Mendobi di pagi hari

Assalamualaikum. Bersiaran dari dobi. Heheheh. Pagi-pagi dah sampai dobi untuk keringkan baju. Kenapa ye? Sebab hakak nak semua baju kering cepat, supaya tengah hari nanti boleh lipat siap-siap. Dulu plan nak basuh kain selang sehari, dan jemur. Tapi nampaknya kurang efisien. Hakak jadi lambat nak lipat baju, sebab asyik lupa baju di ampaian. Jadi dengan kumpul sekali semua, terus ke pengering baju di dobi, hakak tak lupa lagi nak angkat baju di ampaian. Kehidupan ini kena ada trial and error baru tahu apa sesuai, apa yang efisien. Kan? Selamat hari minggu, enjoy ya.

Mencari Peluang Menambah Pendapatan?

Assalamualaikum. Hari ini, hari yang baik. (Buruk bagaimanapun hari kita, katakan "hari ini hari yang baik." - Saya sedang applykan ye) Hari ini, saya telah bertemu dengan kawan lama dari kolej dulu - Kolej Lagenda Langkawi. Namanya Mala. Nama penuh tak ingat. Actually, kami berjumpa sebab na bercerita tentang bisnes Shaklee. Tapi kerana dah terlalu lama tek berjumpa, kami hanya bercerita tentang kisah zaman muda mudi dulu. Heheheh. Rindu la zaman tu. Back to real thing, Saya nak cerita tentang peluang untuk menambah pendapatan anda, sebagaimana saya bercerita dengan kawan saya (lebih kurang la) Bisnes Shaklee adalah seperti bisnes lain, kena menjual dan ia adalah bisnes Network Marketing. Ada orang panggil MLM. Apapun, Shaklee tetap adalah satu perniagaan. Jadi dalam perniagaan mesti ada jual beli dan memandangkan ia adalah Network Marketing bisnes, sebaik-baiknya menaja orang, kalau boleh seberapa banyak yang boleh. TAWARAN Saya ingin menawarkan peluan...

Tips untuk Meningkatkan Sistem Pertahanan Badan

Assalamualaikum. Malam ini permata hati ku, Iman demam. Susah hati mama. Tambahan dengar pula macam-macam di whatsapp group. Mama doa kuat-kuat agar Iman cepat sembuh. Malam ini, saya akan kongsikan beberapa tips untuk meningkatkan sistem pertahanan badan anak-anak kita dengan produk Shaklee. Ada beberapa produk yang saya nak cadangkan kepada ibu-ibu dan bapa-bapa di luar sana untuk meningkatkan lagi sistem pertahanan anak-anak. Sebab sekarang ini, dengan cuaca yang tidak menentu, pencemaran alam sekitar, dan pelbagai penyakit yang berjangkit, adalah lebih baik kita tingkatkan sistem pertahanan badan anak kita sebagai langkah berjaga-jaga. Produk Shaklee Yang Disyorkan untuk Anak-anak 1. Meal Shakes - Mengandungi khasiat yang diperlukan oleh kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar. Di dalamnya mengandungi vitamin dan mineral penting, serat, protein dan juga kalsium. Ia adalah makanan segera yang padat dengan khasiat, memang sangat membantu ibubapa yang sentiasa sibuk...

Kebaikan Minyak Ikan untuk Anak-anak

Assalamualaikum. Anak-anak... Saya pada suatu masa dahulu tak pernah membayangkan kehidupan dengan mempunyai anak-anak. Berbalik pada topik kita.  Anak-anak dan minyak ikan. Siapa ingat iklan Scott Emulsion? Seingat saya, zaman kanak-kanak saya dah ada iklan Scott Emulsion. Sejak dulu sudah ada supplemen minyak ikan khas untuk anak-anak, tujuannya untuk kecerdasan otak dan membina sistem imun badan yang kuat. Apa kebaikan minyak ikan untuk anak-anak kita? Selain untuk kecerdasan otak, dan sistem imun, minyak ikan juga mempunyai beberapa fungsi yang membantu anak kita. Minyak ikan terbukti membantu anak-anak yang mempunyai sesak nafas atau asma, dengan mengurangkan kebarangkalian mendapat serangan asma. Selain itu, bagi anak-anak yang diserang penyakit batuk, minyak ikan juga membantu mencairkan kahak. Bercerita tentang minyak ikan, amalan memberikan anak-anak supplemen minyak ikan sangat membantu ibu bapa. Dengan membina ketahanan tubuh anak-anak kita, apabila kita...

Minimalis - Apa Maksudnya?

Assalamualaikum. Minimalis, suatu konsep yang saya cuba adaptasikan atau aplikasikan ke dalam hidup saya. Apa itu minimalis? Minimalis ini adalah konsep gaya hidup, di mana individu mengamalkan meminimakan 'barangan' dalam kehidupan harian mereka. Ambil contoh baju, baju dalam kuantiti yang minimal tapi cukup untuk kehidupan seharian. Kalau boleh hanya 5 helai baju untuk sepanjang tahun. MINIMAL. Contoh lain, mengurangkan barangan seperti pinggan mangkuk di dapur. Pada yang Minimalis akan mengurangkan perkakasan dapur sehingga apa yang perlu sahaja dan tidak menambahkan lagi barangan dan perkakasan dapur sehingga lah mana-mana perkakasan rosak sehingga tidak boleh digunakan lagi. Kenapa saya nak jadi MINIMALIS? Sebenarnya, saya dah sampai satu tahap di dalam hidup di mana saya rasa "I comsumed too many stuff I don't need." Barangan fizikal yang saya miliki terlampau banyak, sehinggakan saya dah tak kuasa nak mengemas dah. Dan satu-satu jalan penyelesaian...

Apa Pentingnya Minyak Ikan?

Assalamualaikum. Minyak Ikan, atau 'fish oil'. Dalam masyarakat kita masih kurang lagi pengetahuan tentang kebaikan dan kepentingan minyak ikan ini. Dalam terma saintifik, minyak ikan juga disebut asid lemak omega-3. Minyak ikan ini ditemui di dalam lapisan lemak ikan yang berada di lautan dalam yang sejuk. Selain itu, terdapat juga pada kerang, tumbuh-tumbuhan, kekacang (walnut) dan beberapa lagi tumbuhan semulajadi. Apa pentingnya minyak ikan kepada manusia? Sebut sahaja minyak ikan, apa yang muncul dalam fikiran anda? Mesti perkataan-perkataan ini keluar kan : # Kolesterol # Scot Emulsion # Jantung # Otak Memang betul. Minyak ikan ini penting untuk kesihatan jantung, dan otak. Dan banyak kajian telah membuktikannya. Dan pada zaman makin canggih ini, memang banyak lagi kajian dibuat tentang minyak ikan ini. Antara kebaikan pengambilan awal dan berterusan minyak ikan ialah : 1. Mengurangkan risiko penyakit darah tinggi 2. Mengurangkan kerad...

Jom Berniaga

Assalamualaikum. Mari la kita, mommies berniaga. Saya mengajak ni. Kenapa? Saja. Sambil2 tu kalau ada untung sikit kita boleh buat amal jariah - sedekah, zakat dan lain2. Berminat berniaga? Modal bermula serendah rm 80. Wasap kepada saya untuk maklumat lanjut. In Shaa Allah saya akan berikan panduan sedikit sebanyak dalam menjalankan bisnes ini. Doakan ya.

Simplyfy

Assalamualaikum. Saya ingin me-"simplify" blog saya ini. Maksudnya saya nak kurangkan widget-widget di blog ini. Dan juga saya nak masukkan elemen minimalis ke dalam blog ini. Tapi bagaimana? Otak saya berpusing-pusing memikirkan caranya. Mula-mula kena mula dari perancangan entri blog. Apakah isu-isu yang saya  nak masukkan? Dalam otak :    Shaklee Bisnes Minimalis Tips keibubapaan Perkongsian Info Jadi, segmen itu nak buat bagaimana ya? Saya tanya pembaca pula. Takpe2. Biar saya buat perancangan dahulu, kemudian saya akan update di sini ya. Oh ya, saya rebrand Blogshop saya. Ini linknya :  http://green-eye-shop.blogspot.my/   Sudi-sudikanlah singgah ke blogshop saya ya. Moga-moga ada produk untuk anda.

Bukan Senang Nak Senang

Assalamualaikum. Fuhhh.... memang tak senang. Saya telah ambil keputusan untuk menjayakan diri sendiri. Tapi ia bukan kerja senang. Kenapa? Saya mempunyai 'habit' buruk yang tidak dapat menjayakan diri sendiri. Dan paling susah sekali ialah saya kena melawan 'habit'. Bayangkan 'habit' dari kecil disemai dalam diri samada dari keluarga ataupun diri sendiri, ingat senang nak buang?? Contoh 1: Saya memang jenis susah nak fokus. Dan bila buat sesuatu perkara, otak dan pemikiran akan meleret dan melayang ke mana-mana entah. Tapi ada satu saja kebaikannya ialah apabila saya tuliskan perkara tersebut, in shaa Allah akan saya lakukan sampai berjaya. Kalau setakat fikir saja memang takkan jadi. Contoh 2 : Tak boleh / tak pandai mengemas. Dan untuk itu, saya tengah cuba mengimplimentasikan konsep MINIMALIS. Konsep yang memudah saya tak perlu mengemas. Tapi... tetap tak mudah. Ingat mudah nak FOKUS. Nak buang benda-benda yang tak penting tapi sentimental ...