Assalamualaikum. Waduh.. waduh waduh... sungguh lama tak meng-update blog kesayangan beta ini. Alhamdulillah. Hari ini ada kesempatan sedikit untuk meng-update perkembangan terkini beta ni. Salam Jumaat ye. Lupa pula. Kebelakangan ini saya mengalami macam-macam hal sikit. Yang paling ingin nak kongsikan ialah 'kecederaan' pada puting akibat penyusuan badan. Sewaktu anak pertama saya mengalami juga 'kecederaan' puting. Tapi tak teruk. Kali ini agak teruk sehingga saya trauma hendak menyusu badan atau mengepam susu. Susu badan pun merudum. Erm alahai... Apapun, saya cuba mengubati puting luka ini. Puting saya kelihatan seperti melecet, berkuping dan juga sedikit luka-luka kecil seperti bintik. Keadaan semakin teruk semasa saya balik kampung 18hb April lepas. Disebabkan kerap menyusu sewaktu di kampung, luka dan lecet makin menjadi-jadi. Saya belum lagi menemui doctor lagi kerana fikir keadaan masih bole...