Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2017

Kejayaan Kecil Diri ini

Assalamualaikum. Saya ingin mula balik keinginan saya untuk menulis dan membaca. Kehidupan ini, memang sangat mengganggu keinginan kita. Saya dulu suka membaca. Tak tau la sebab genetik atau dari kecil suka membaca. Masa bujang dahulu pun masih juga suka membaca. Selepas berkahwin, memang susah hendak meluangkan waktu dengan buku, terutama bila ada anak-anak yang perlukan jagaan dan perhatian. Tapi, usah jadikan itu alasan. Membaca itu bagi saya secara peribadi adalah sangat 'liberating'. Hari ini saya berjaya membaca buku sebanyak 5 ke 6 mukasurat. Bagaikan satu kejayaan kecil bagi diri ini. Saya harus menambahkan usaha lagi untuk membaca dan kurangkan 'browsing' dalam smartphone seharian. Tapi saya tak nafikan, saya sangat suka menonton filem / movie. Serius saya katakan saya boleh habiskan masa banyak dengan menonton movie dan drama kegemaran. Saya harus membahagikan masa yang bersesuaian untuk dua-dua hobi saya ini, membaca dan menonton wayang. Ya la, movie ...

Special nya Radiant 4

 Assalamualaikum. Kulit yang sihat, cantik dan berseri-seri adalah impian ramai wanita, bahkan ada juga kaum lelaki yang juga mengimpikannya. Tahu tak pengambilan supplemen boleh membantu anda untuk mendapat kulit yang berseri-seri. Kerana dalaman yang sihat boleh membantu mencantikkan kulit.          Bulan September ini, Shaklee melancarkan Set Radiant 4. Set ini, mengandungi nutrient yang disasarkan untuk membantu meremajakan kulit, selain itu membantu anda melawan oksidan di sekeliling kita.   Dalam Set ini terdapat : 1. ESP 2. Collagen Powder 3. Vitamin C 4. GLA Complex   Empat-empat produk ini boleh membantu kulit anda dalam: 1. Membina 2. Menegangkan 3. Melindungi 4. Melembapkan     Tahukah anda : 1. Jika mengambil protein yang mencukupi boleh membantu mencantikkan kulit? 2. Semakin usia meningkat, kolagen dalam tubuh makin berkurang, sebab itu kulit kita kendur dan sendi-sendi mula sak...

September Specials

Assalamualaikum. Lambat pula saya buat posting pasal September Specials ini. Lebih baik lambat daripada tidak post langsung kan. Untuk anda yang bukan ahli Shaklee, saya mengalu-ngalukan anda untuk menjadi ahli supaya dapat bersama-sama menikmati September Specials ini. Pada 16  September 2017 ini, anda (ahli Shaklee) mendapat peluang cabutan bertuah. Syarat-syarat nya tertera di dalam poster di bawah. Untuk cabutan bertuah ini, pembelian secara online atau walk-in semuanya layak dengan pembelian sebanyak 200 UV dalam satu resit. Bukan itu sahaja, sekiranya anda walk-in ke HQ Shaklee dan cawangan, terdapat acara seperti pemeriksaan kesihatan, talks (cawangan tertentu sahaja) dan ada juga acara untuk anak-anak. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Shaklee ya. Specials kedua di Shaklee pada bulan ini ialah Radiant 4 set (sila rujuk poster di bawah). Kepada anda lelaki atau wanita yang ingin mendapatkan kulit yang berseri-seri dan sihat, boleh lah...

Pengalaman Pertama Anak Sulung Jumpa Dentist

Assalamualaikum. Saya nak share momen kali pertama anak sulung saya pergi ke dentist. Ye la, susah tau nak bagi Iman cuba benda yang baru dan asing ni. Hari sabtu lepas, 19.08.2017, saya dah rancang untuk membawa Iman ke mana-mana dentist untuk tampal giginya yang dah berlubang. Lubang besar pula tu. Panjang kisah nya, tapi saya pendekkan sehingga saya sampai ke Klinik Pergigian Putra Kajang. Tak jauh dari rumah kami. Sampai ke Klinik pun sebab guna Google, Google Map, dan Waze. Heheheh.. punya lah nak juga cari klinik pergigian kan. Ini pun kira cubaan pencarian kali ke 4 baru jumpa Klinik ini. Alhamdulillah. Allah memang nak bawa kami ke sana. Sampai-sampai klinik ini, saya terus tanya " Boleh walk-in ke?" Alhamdulillah, boleh. Secara peribadi saya suka suasana klinik ini.  Iman ada sudut  nak main sementara menunggu.  Juga disediakan buku-buku yang berkaitan. Cuma sayang  ada buku telah dirosakkan.  Tengok gambar pun dah best. Environment...