Assalamualaikum. Saya ingin kongsikan sesuatu yang saya dapat dari Program Team Building. Saya telah menghadiri satu program TeamBuilding yang dianjurkan oleh Mdec pada 27 Oktober 2017 sehingga 29 Oktober 2017. OK, bukan saya nak kongsikan tentang pengalaman Team Building, tetapi saya ingin kongsikan tentang inspirasi dan aspirasi yang saya dapat dalam satu daripada permainan tersebut. Macam mana main permainan itu? Fasilitator berikan arahan bagaimana permaian itu dijalankan. Arahan nya ialah: 1. Letakkan kedua kaki di dalam 'segi empat' 2. Apabila arahan 'TUKAR'diberikan, bergerak ke segi empat yang lain. 3. Permainan tidak akan diteruskan sehingga kedua-dua kaki di dalam segi empat. * Permainan ini kena dijalankan di dalam kumpulan besar. * Segi empat yang diberikan oleh fasilitator adalah helaian surat khabar. Semasa permainan berjalan, pada awal permainan peserta bermain dengan santai, sebab tiada kiraan masa. Sehingga suatu tempoh di dalam permain...