Ahad, 25 Februari 2018

Kesihatan Adalah Perkara Sepanjang Masa

Assalamualaikum.

Bercerita tentang kesihatan ini, ini adalah isu sepanjang masa, dari dulu sampai sekarang, sehingga masa akan datang. Manusia akan berusaha sepanjang masa untuk meningkatkan kesihatan. Sebab itu kita masih melihat para doktor, para saintis dari dulu sampai sekarang mengkaji pelbagai aspek berkaitan kesihatan - ubat-ubatan, vaksin, punca penyakit, bagaimana hendak mengelakkan penyakit, bagaimana nak tingkatkan kesihatan dan sebagainya, ia berterusan sampai bila-bila.

Di Shaklee, tujuan asal Doktor Shaklee adalah untuk meningkatkan kualiti kesihatan masyarakat dan masih sehingga hari ini. Shaklee mengekalkan misi asalnya, kerana beliau percaya kesihatan adalah sangat penting.

Kita hari ini, kadang-kadang lupa akan pentingnya kesihatan. Sehingga satu saat kita jumpa doktor, doktor diagnos kita dengan penyakit itu penyakit ini, baru kita tersedar. Kesihatan akan menjadi highlight bila kita sakit. Tapi bila kita sihat kita lupa yang sihat itu kena diusahakan.

Badan kita kena dijaga diperhatikan, supaya kita mengurang seminimalnya risiko mendapat penyakit kritikal.

Usahakanlah dari sekarang, bersenam, makan makan berkhasiat dan seimbang, berhenti merokok dan alkohol. Dan berusaha untuk tambaha suplimen dalam amalan harian.

Jumaat, 23 Februari 2018

Mencuba Yoga Untuk Kesihatan

Assalamualaikum.

Semalam, pertama kali saya menyertai kelas yoga. Saya mencuba Yoga Basic kerana saya memang takde pengalaman dalam yoga.


Pengalamannya? Wah... Susah. Ya la, pertama kali, tak biasa la. Tapi bagus untuk badan. Walaupun saya tidak membuat pergerakan yang aktif, tapi keluar peluh juga. Fokus penting di dalam yoga ialah pernafasan.

Nak buat pergerakan yoga dan fokus pernafasan memang tak mudah. Semalam terkial-kial juga saya. Belajar yoga ini tak boleh paksa badan. Ikut kemampuan badan. 

Di mana saya belajar yoga? Di Kinofit Cyberjaya.





Khamis, 22 Februari 2018

Petua Kurangkan Silau Mata

Assalamualaikum.

Mulakan hari ini dengan niat untuk berbuat kebaikan kepada dunia. Maka apa-apa ilmu baik yang saya dapat, saya akan cuba kongsi dengan anda pembaca sekalian.



Hari ini saya nak kongsikan petua mengurang silau mata.

Petua ini dapat dari kakak ipar saya. Kredit kepada dia dunia akhirat.
Petuanya ialah minum satu sudu pati delima bercampur dengan madu setiap hari secara konsisten sehingga silau mata beransur pulih.


+