Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2020

Teman Kawan Buat Lasik

Assalamualaikum. Beberapa hari tak check in blog. Rasa errrmmm sangat hahahaha.. Sebab tak check in blog.  Sekarang ni sambil-sambil teman kawan operation lasik, I menaip di blog. Just nak share la, tempat i duduk ni.  Ada pokok krismas. I forgot to wish my family and friends Merry Christmas. Hope it's not too late. Member nak buat lasik, so I temam sebagai driver ni. Nanti dah habis operation nanti I cerita sikit la pengalaman dia.   Ini klinik dia, VISTA EYE SPECIALIST.                                 ****************************************************************************** Tadi dah settle dah operation lasik member. So ia mengambil masa dalam 30 minit lebih. Tapi yang jadikan lambat adalah menunggu dan juga prosedur periksa mata sebelum operation.

Kegagalan Sebahagian dari Proses Kejayaan

 Hari tu aku ada cerita di LIVE FB tentang kejayaan. Dalam mencapai kejayaan kita akan menempuh kegagalan yang berkali-kali sebelum dapat menggapai , menyentuh kejayaan. Dan, secara jujurnya, aku cakap, aku GAGAL. Aku gagal untuk ingat makan PHYTOCOL-ST sebelum makan. Takpe-takpe. aku cuba lagi. Memandangkan alang-alang nak diet, aku plan berpuasa. InysaAllah. Doakan aku boleh berpuasa dengan jayanya.  Kiranya, di sini,tempat aku dokumentasi perjalanan aku nak kuruskan badan. InsyaAllah. Dan juga sebagai medan aku kongsikan kebaikan mengurangkan berat badan atau kekalkan berat badan ideal kepada diri kita. Kita cuba ya untuk jaga berat badan dan jaga kesihatan. Fokus pada yang senang nak buat, contoh kurangkan makanan yang tidak sihat. Dan amalkan 'mindful eating'. Tapi, hopefully aku tak lupa makan PHYTOCOL-ST ni. LENNY BONIFACE Mama Jual Shaklee Shaklee Independent Distributor https://www.wasap.my/60168749195/

OMG, Berat Badan Aku Naik

 Semalam, aku pergi bersantai di rumah kawan aku. Kemudian di rumahnya ada penimbang berat badan. Biasalah, bila jumpa penimbang, kena naik penimbang lah. Dan, aku terkejut, berat badan aku 71.2 kg. OMG. Berat sangat. Coz, aku punya range berat badan biasanya antara 65 kg ke 68 kg.  Dan apabila dah melebih 68 kg aku sangat terkejut.  Tapi sebenarnya kan, aku sendiri tahu yang kebelakangan ini aku makan agak banyak dan tak terkawal. Selalunya aku jaga kuantiti makan sebab aku ada pre-diabetes. Jadi bila jadi macam ini, aku kena cari solusi untuk masalah berat badan makan makin naik ini. Antara solusi yang boleh aku apply-kan ialah : 1. Bersenam - aku memang merancang untuk bersenam atau aktiviti fizikal yang senang seperti berjalan kaki untuk panaskan badan , keluarkan peluh. InsyaAllah, doakan ya. 2. Berpuasa - aku plan nak lancarkan puasa-puasa ganti dan puasa sunat, insyaAllah. Kerana berpuasa ini bermanfaat selain menguruskan berat badan dan nak tambah amal pahala....

3 Kebaikan ESP untuk Ibu Menyusu

 Aku sendiri pernah lalu pengalaman menyusukan anak pertama dan kedua. Jujur kata, menyusu anak adalah aktiviti yang agak tough bagi aku. Aku dapat anak pertama pada usia 33 tahun, agak berusia. Dan terasa badan cepat penat.  Dan I nak share 3 kebaikan ESP Shaklee yang aku rasai sebagai ibu menyusukan anak. 1. Lebih Bertenaga dan Tenaga Tahan Lebih Lama Minum ESP Shaklee setiap pagi bagi ibu menyusu akan membantu ibu-ibu lebih bertenaga atau tenaga tahan lebih lama sehingga ke malam hari. Kerana menyusu anak ini 'mengambil' tenaga dari ibu-ibu. Sebab itu setiap kali selepas menyusu, atau mengepam, ibu-ibu terasa lapar dan letih. Solusinya ialah mengamalkan ESP setiap hari. 2. Membantu Penghasilan Susu  Mengikut kajian umum, protein membantu penghasilan susu yang berkualiti. ESP adalah protein berasaskan soya. Penghasilan susu adalah berdasarkan supply and demand, tetapi ESP membantu ibu-ibu menghasilkan susu yang lebih berkualiti.  3. Membantu Kecantikan Kulit dan Ke...

Percutian Ke Janda Baik Tahun 2020

 Assalamulaikum. Nak kongsikan percutian hujung minggu di Janda Baik. Al maklumlah, dah lama berkurung, rasa tak tahan nak keluar juga.  So, kami sekeluarga buat percutian bajet-bajet. Makanan masak sendiri, cuma bayar chalet. Alhmadulillah, percutian bajet begini membantu hilangkan serabut-serabut di kepala. Cuti-cuti kali ini, kami tinggal di De River Resort, Janda Baik. Boleh cari info Resort ini di facebook. Kalau cari di Agoda, Booking dan lain-lain tak jumpa rasanya. (Rasanya). Anyway, kami bertolak dari Bangi pada 11 pagi (13.12.2020 Ahad), dan sampai Janda Baik dalam 12 lebih. Tak jem. Dan lagipula, Janda Baik dari Bangi pun dalam sejam lebih boleh sampai. Di bawah in gambar kami baru sampai, singgah makan dulu.                                                                  

Apa Yang Diperlukan Ibu-Ibu Bekerja ?

Assalamualaikum. Zaman sekarang, ibu-ibu bekerja adalah kebiasaan semasa. Dan golongan ibu-ibu bekerja ini amat 'memerah' tenaga. Dan kami (ibu berkerjaya) perlukan tenaga tambahan kerana kami perlu 'juggle' 3 peranan utama dalam hidup. Apa dia 3 peranan ibu yang bekerja ini? Mari kita tengok apa peranannya: 1. Peranan sebagai Ibu - Menjaga/menguruskan anak-anak dan kerja rumah 2. Peranan sebagai isteri - Memberi perhatian dan memenuhi keperluan suami 3. Peranan sebagai pekerja - Menjalankan kerja hakiki di pejabat  Perhatikanlah peranan ibu bekerja ni.. Yess.. mommies you need energy and stamina untuk uruskan 3 peranan ini. Di sini saya kongsikan sedikit tips untuk ibu-ibu kekal bertenaga dari pagi sehingga malam. 1. Tidur yang cukup dan berkualiti. 2. Bersenam 3 kali seminggu. 3. Makan makanan yang berkhasiat, eat clean, kurangkan makanan segera dan tinggi gula. Minum air putih (kosong) yang cukup. 4. Amalkan pengambilan Supplemen ESP Shaklee. Kepada yang memerlukan E...

Humanize My Blog (Memasukkan Unsur Insaniah di Dalam Blog)

 Assalamualaikum w.b.k. Aku mengalami somewhat 'a ha' moment. I think my blog is too 'buku teks' or terlalu kaku dan tak ada perasaan. So tadi, aku pun buat catatan setelah mendapat idea. Aku tuliskan apa yang blog aku sepatutnya tonjolkan.  Jadi pertama sekali, macam biasa aku buat sediikit kajian blog-blog yang sedia ada di Malaysia dan apakah ciri-ciri blog sedia ada. Di Malaysia banyak Blog yang  1. berkisar dengan berita semasa atau artikel viral 2. blog berkaitan gosip atau politik 3. blog memberikan ilmu Blog di luar negara pula ciri-cirinya: 1. Mesti ada niche dan antara niche nya ialah :     - fesyen     - lifestyle     - travel     - artwork     - education 2. Lebih peribadi, blog mereka menonjolkan kehidupan sebenar mereka, wajah mereka. Lebih kepada personal branding. Apa yang aku dapat dari kajian aku sendiri ini ?  1. Blog aku mesti lebih fokus kepada kehidupan sebenar aku (walaupun bukan semua aspek) 2....

Tuliskan Rancangan Anda Sebelum Tidur

 Aku perasan, menulis sesuatu yang hendak dilakukan akan mengurangkan perasaan blur. Sebelum-sebelum ini aku selalu juga cuba guna kuasa minda untuk mengingati banyak perkara terutamanya perkara yang hendak dilakukan. Akhirnya aku jadi blur, terkial-kial, melengah-lengahkan kerja.  Tapi bila aku fikirkan balik, aku dulu, nak travel ke apa ke, aku akan tulis senarai benda yang aku nak bawa dan perkara perlu dilakukan sebelum bergerak. Dan, tabiat itu memberikan rasa yakin dan tenang sebab aku takkan lupa. Maka, seterusnya Tabiat Kejayaan yang perlu aku implimenkan ialah menuliskan apa kerja( waktu pagi)  yang perlu aku selesaikan sebelum tidur. Jadi aku kena cari satu buku nota(yang macam anak-anak guna) dan contengkan, tuliskan apa yang perlu aku lakukan pagi-pagi. Pagi-pagi, otak kita belum 'berjalan lancar' lagi. Sebab itu, kita perlukan catatan/nota untuk mengingatkan kita. Tadi, sebelum aku hendak menghantar dokumen ke pejabat induk tadi, aku tulis siap-siap langkah-l...

Memulakan Tabiat Baru

 Tabiat adalah kebiasaan perlakuan kita harian. Tabiat dalam bahasa Inggeris ialah Habit. Dan untuk mencari kejayaan kita kena memulakan 'tabiat kejayaan'. Antara 'tabiat kejayaan' ialah:  1. Konsisten / Istiqamah 2. Berusaha bersungguh-sungguh 3. Mencari ilmu untuk mencapai kejayaan atau mengasah kemahiran 4. Baca buku untuk tambah pengetahuan 5. Tidak berputus asa walau keadaan susah 6. Berada di dalam "circle" yang positif dan sokong menyokong Di artikel ini saya nak bercakap tentang keinginan saya untuk berubah  kepada 'tabiat kejayaan'. Maka saya akan memulakan tabiat mencatat di blog ini sekerap mungkin untuk catatan perjalanan mencapai 'tabiat kejayaan'. LENNY BONIFACE Mama Jual Shaklee Shaklee Independent Distributor https://www.wasap.my/60168749195/GLA

Lembaran Baru, Semangat Baru

 Assalamualaikum. Datang Disember ini, banyak perlu difikirkan.  Tanya diri sendiri Apa kita target dah dicapai? Apa kita masih di landasan yang betul? Apa kita masih lagi di takuk lama? Adakah kita muhasabah diri? Adakah kita cuba bersungguh-sungguh? Kalau belum, apakah kita nak berubah? Bila datang tahun baru, datanglah azam baru, impian baru, tetapi apakah impian lama dah tercapai? So mari kita muhasabah diri, evaluate diri sendiri. Disember 2020 ini ada PROMO YOUTH SHAKLEE. Sesiapa berminat boleh klik link wasap di bawah ye: http://www.wasap.my/60168749195/youth

Bila Masa Perlukan Phytocol-ST

  Bila masa kita memerlukan Phytocol-ST Shaklee?                                            Pendapat peibadi saya: Jika kamu, orang yang suka makan   a. makanan berlemak b. makanan bergoreng                               c. makanan seperti rendang, kari yang dimasak dengan santan pekat yang banyak d. fast food lover e. orang yang sekejap-kejap nak makan, makan pula proses food, makanan manus, minuman manis f. lebih banyak makanan daging daripada makan sayuran dan buah g. setiap masa makan makanan berat sahaja - nasi, mi, lauk pelbagai                              Maka, inilah masanya untuk amalkan Phytocol-ST. Tidak kira umur kamu 20an ke, 30an ke atau 40an. Kamu patut mula amalkan Phytocol ST. Dan juga mulakan amala...

Pagi Yang Cepat

 Assalamualaikum. Kamu adalah orang-orang yang sangat sibuk ke? Selalu kena berkejar ke sana ke sini, dan kamu rasa tak cukup masa nak ambil makanan berkhasiat sebab nak cepat sahaja. Dan, kamu juga tak sempat nak duduk tenang dan makan sarapan pagi-pgi, sebab dah kena berkejar ke tempat kerja atau ke sekolah anak, atau nak ke kolej. Dan, kamu memerlukan tenaga tambahan untuk menjalankan aktiviti pagi kamu. Dan pagi adalah masa untuk mengerjakan banyak perkara, jadi tak ada masa untuk mengisi perut selepas waktu sarapan.  Jadi, di sini, saya perkenalkan dan kongsikan 2 produk Shaklee yang boleh membantu masalah tak sempat nak sediakan sarapan berkhasiat pada pagi hari, iaitu Meal Shakes dan ESP (Energizing Soy Protein). Dua produk ini adalah 'shakes'. Bancuh dalam shaker boleh, buat macam air biasa pun boleh. Ia dalam bentuk serbuk, dan senang dibancuh. Sekejap sahaja dah siap. Dengan hanya 2,3 minit penyediaan, kamu dah boleh menikmati sarapan yang berkhasiat dan mengenyangka...

Fenomena Shaklee

 Nak catatkan di blog ini akan fenomena Shaklee yang sedang melanda Malaysia di bulan Jun, Julai, Ogos dan seterusnya di tahun 2020. Fenomena Shaklee ialah produk Shaklee laku keras. Setiap kali stok masuk Malaysia, setiap kali SOLD OUT. Wah hebatnya penangan Shaklee ini.  Kepada pembaca yang baru mengenali Shaklee ini, Shaklee adalah produk kesihatan iaitu supplemen kesihatan, kecantikan dan juga produk pencuci domestik. Dan syarikat Shaklee juga merupakan syarikat direct selling dan juga network marketing. Pengalaman saya bersama Shaklee adalah Shaklee merupakan syarikat yang banyak membantu meningkatkan kualiti hidup dari segi kesihatan dan juga ekonomi. Kita pilih untuk jadi apa dalam hidup kita, dan pilih jalan hidup kita. Pilihlah untuk meningkatkan kualiti hidup.

GLA Complex untuk Wanita di mana-mana

 Hormon dan wanita... Untuk gadis dan wanita, GLA COMPLEX SHAKLEE. Wanita tidak pernah jauh dari istilah hormon (walaupun lelaki ada juga hormon), tapi wanita terkesan dengan hormon, kerana hormon wanita lebih kompleks sedikit. Lelaki tiada musim HAID, wanita ADA. Hanya dalam bab HAID ini, dan proses ini dah melibatkan 2 hormon sekaligus, iaitu Estrogen & Progesteron.  Cerita pendek berkaitan 2 hormon ini adalah: 1. Progeseteron  -a.k.a. hormon pregnant/hamil -fungsinya untuk hamil dan kekal hamil - hormon ini penyebab rahim bersedia untuk menerima ovum yang telah disenyawakan. - paras hormon ini ada menaik dan menurun mengikut kitaran pengeluaran ovum 2. Estrogen - lelaki dan perempuan mempunyai hormon ini, tetapi wanita mempunyai lebih estrogen dari lelaki. - fungsinya untuk merangsang pengeluaran ovum, mengawalatur rahim dan fungsinya  - untuk pembentukan tisu payudara kaum wanita -bukan itu sahaja, estrogen juga penting untuk fungsi jantung, salur darah, tula...

Phytocol-ST untuk Kesihatan

Mari berkenalan dengan Phytocol St dari Shaklee ini. Bahan dalam nye adalah 'phytosterols' atau dalam bahasa Melayu 'fitosterols'. Phytosterols ini, diambil dari sel membran tumbuh-tumbuhan. Phytosterols ini similar dengan kolestrol dari manusia, cuma asal usul dia dari tumbuhan. Apa kaitan phytosterols ini dengan kesihatan kita? Kaitannya ialah, phytosterols ini dimakan supaya menghalang kolestrol dari pemakananan kita (yang penuh lemak2 tak sihat) dari masuk ke saluran darah dan berkumpul menyebabkan paras kolesterol naik. Maka, ia bertindak sebagai 'benteng' atau 'block' supaya kolesterol tak masuk dan berpesta di dalam tubuh badan kita. Itu lah kebaikan PHYTOCOL ST SHAKLEE. Lenny Boniface Shaklee Independent Distributor #shakleemalaysia #shakleelover #womenlive

Forum Berkaitan Wanita

17 Febuari 2020 yang lalu, aku berpeluang menghadiri Forum berkaitan isu wanita. Nama forum tersebut ialah Women in Higher Education, Employment and Leadership. Forum ini dijalankan di Hotel Armada, Petaling Jaya yang di anjurakan oleh IWB (Institut Wanita Berdaya ). Asal mula, kawan aku yang ajak pergi ke event ini. Mula-mula aku pun tak pasti apa event yang dijalankan, apabila dah tengok tajuk berminat pulak aku nak join. OK la. Jujur kata ye. Aku sebenarnya tak berminat dengan whatsoever ideologi, konsep atau apamacam perjuangan (since teenagers). Sebab aku tak ada awareness dan juga pendedahan. Yang so called women empowerment pun aku tak berminat. Tetapi kebelakangan ini, aku bagai 'diketuk' untuk menyelami what is so called feminism , women empowerment. Women empowerment tak semestinya feminism, mengikut pemahaman aku yang cetek ini.  Women empowerment ini adalah aktiviti / gerakan untuk memberikan pendidikan dan pengetahuan dan kesedaran kepada golon...

Vitamin C - kepentingannya

Apa pentingnya Vitamin C Korang tau sebenar-benarnya apa pentingnya Vitamin C? Meh I citer sikit mengikut fakta-fakta yang sah Antara pentingnya Vitamin C : 1. Untuk sistem pertahanan badan , jadi body takleh kurang vitamin C ye supaya badan boleh melawan penyakit dan jangkitan. 2. Untuk penyembuhan luka- jadi kalau akak-akak abang-abang luka susah dan lambat nak sembuh, ada kemungkinan kekurangan vitamin C 3. Kulit anjal - vitamin C ni, antara nutrien penting untuk membantu mempertahankan kolagen, dan juga antara komponen dalam penghasilan kolagen - anda kekurangannya? Maka faham-faham saja Banyak lagi fungsi vitamin C, tapi ini adalah antara kepentingan vitamin C yang kita tak boleh pandang ringan. Ada juga pengumuman yang menyatakan pengambilan vitamin C yang konsisten perlu untuk mengelakkan dan juga supaya seseorang tidak senang dijangkiti wabak coronavirus. Usaha untuk mempertahankan kesihatan sendiri dan keluarga adalah lebih penting di kala dunia dalam keadaan gempar dengan...

Wabak Penyakit 2020- " 2019 -nCov "

Gempar dunia dengan penyakit dari coronavirus yang merebak dengan cepatnya. OK, pertama sekali cuba fahami ya. CORONAVIRUS - ini adalah virus, dan virus ini menyebabkan penyakit. "A  coronavirus  is a kind of common virus that causes an infection in your nose,  sinuses , or upper throat. Most coronaviruses are not dangerous."-WebMD. Pada asalnya, coronavirus ini adalah normal dan tak merbahaya. Tetapi disebabkan mutasi, telah menghasilkan "novel coronavirus" yang sedang mengancam manusia umumnya. Demam selsema yang berpunca dari "novel coronavirus" ini mengancam nyawa. Disebut sebagai "2019 -nCov" dan menyebabkan penyakit sistem pernafasan yang boleh membawa kepada kematian. 2019 Novel Coronavirus (2019-nCoV) is a virus (more specifically, a  coronavirus ) identified as the cause of an outbreak of respiratory illness first detected in Wuhan, China. - https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/about/index.html Kepada sesiapa yang  hen...

Cuti-cuti CNY Ke Padang Besar (Part 1)

Salam membaca.  Tahu tak apa aktiviti yang memberikan satu suntikan ceria pada jiwa? Iaitu aktiviti berjalan-jalan ke tempat orang ataupun orang sebut bercuti. Aku ini jenis manusia yang tak suka berlama-lama satu tempat. Tapi kalau dah berkeluarga, kena lah bermastautin tetap di satu tempat kan. Tapi, aku asal ada peluang aku akan pergi berjalan-jalan ke mana-mana. Ia bagaikan terapi. Kali ini, sempena cuti CNY yang lepas, aku berpeluang pergi ke Padang Besar, dek atas jemputan kenduri kahwin member suami.  Kami bertolak dari pagi 25 Januari 2020 (Sabtu) pukul 4 pagi bergerak. Ini kerana hendak mengelakkan dari bertembung dengan keadaan trafik jem. Aku dan anak-anak tidur di belakang kereta. Manakala suami memandu sejak pukul 4 pagi.  Pada pukul 9 pagi, kami sampai di Pulau Pinang, kata suami, bersarapan di P.Pinang. Kami pun masuk Pulau Pinang bersarapan. Kawasan yang kami pergi ialah Astaka Taman Tun Sardon. Itu pun setelah gagal mencari keda...