Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2020

Wabak Penyakit 2020- " 2019 -nCov "

Gempar dunia dengan penyakit dari coronavirus yang merebak dengan cepatnya. OK, pertama sekali cuba fahami ya. CORONAVIRUS - ini adalah virus, dan virus ini menyebabkan penyakit. "A  coronavirus  is a kind of common virus that causes an infection in your nose,  sinuses , or upper throat. Most coronaviruses are not dangerous."-WebMD. Pada asalnya, coronavirus ini adalah normal dan tak merbahaya. Tetapi disebabkan mutasi, telah menghasilkan "novel coronavirus" yang sedang mengancam manusia umumnya. Demam selsema yang berpunca dari "novel coronavirus" ini mengancam nyawa. Disebut sebagai "2019 -nCov" dan menyebabkan penyakit sistem pernafasan yang boleh membawa kepada kematian. 2019 Novel Coronavirus (2019-nCoV) is a virus (more specifically, a  coronavirus ) identified as the cause of an outbreak of respiratory illness first detected in Wuhan, China. - https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/about/index.html Kepada sesiapa yang  hen...

Cuti-cuti CNY Ke Padang Besar (Part 1)

Salam membaca.  Tahu tak apa aktiviti yang memberikan satu suntikan ceria pada jiwa? Iaitu aktiviti berjalan-jalan ke tempat orang ataupun orang sebut bercuti. Aku ini jenis manusia yang tak suka berlama-lama satu tempat. Tapi kalau dah berkeluarga, kena lah bermastautin tetap di satu tempat kan. Tapi, aku asal ada peluang aku akan pergi berjalan-jalan ke mana-mana. Ia bagaikan terapi. Kali ini, sempena cuti CNY yang lepas, aku berpeluang pergi ke Padang Besar, dek atas jemputan kenduri kahwin member suami.  Kami bertolak dari pagi 25 Januari 2020 (Sabtu) pukul 4 pagi bergerak. Ini kerana hendak mengelakkan dari bertembung dengan keadaan trafik jem. Aku dan anak-anak tidur di belakang kereta. Manakala suami memandu sejak pukul 4 pagi.  Pada pukul 9 pagi, kami sampai di Pulau Pinang, kata suami, bersarapan di P.Pinang. Kami pun masuk Pulau Pinang bersarapan. Kawasan yang kami pergi ialah Astaka Taman Tun Sardon. Itu pun setelah gagal mencari keda...

CHALLENGE 2020 untuk diri sendiri

Rindunya menulis. Agak lama juga blog ini tidak terisi dengan perkongsian hidup aku. Dalam mencari ilham itu, aku baca post lama aku -  MENCARI TUJUAN . Antara dalam post itu ialah aku tulis 1. Baca buku - 2 buku berkaitan motivasi /berniaga setiap bulan/ bantu diri 2. Mengaji Al -Quran - 1 hari min 6 muka surat 3. Berkongsi Info Produk setiap hari di Sosial Media. 4. Menulis (5 minit) - blog, fb, atau karang cerita. (setiap hari) 5. Memasak untuk anak-anak setiap hari. Dan hari ini, aku akan baca dengan mulut aku apa aku nak buat. Dan ada tambahan lagi untuk senarai di atas. 6. Mengerjakan kebun sayur dengan konsisten. 7. Melakukan aktivti minimalis dan 'declutter' secara konsisten atau berkala. 8. Kisah parenting -tips dan cabaran Dan sebelum ini, aku juga pernah tulis nak kongsikan projek tanaman kebun aku. Projek dah berjalan tapi aku tak upload lagi di dalam blog.  Terasa macam aku yang menyia-nyiakn peluang dan masa untuk mengemaskini b...