Isnin, 28 Disember 2020

Teman Kawan Buat Lasik

Assalamualaikum. Beberapa hari tak check in blog. Rasa errrmmm sangat hahahaha.. Sebab tak check in blog. 

Sekarang ni sambil-sambil teman kawan operation lasik, I menaip di blog.

Just nak share la, tempat i duduk ni. 

Ada pokok krismas. I forgot to wish my family and friends Merry Christmas. Hope it's not too late.

Member nak buat lasik, so I temam sebagai driver ni. Nanti dah habis operation nanti I cerita sikit la pengalaman dia.
 
Ini klinik dia, VISTA EYE SPECIALIST.

                               
******************************************************************************

Tadi dah settle dah operation lasik member. So ia mengambil masa dalam 30 minit lebih. Tapi yang jadikan lambat adalah menunggu dan juga prosedur periksa mata sebelum operation.

Selasa, 22 Disember 2020

Kegagalan Sebahagian dari Proses Kejayaan

 Hari tu aku ada cerita di LIVE FB tentang kejayaan. Dalam mencapai kejayaan kita akan menempuh kegagalan yang berkali-kali sebelum dapat menggapai , menyentuh kejayaan.

Dan, secara jujurnya, aku cakap, aku GAGAL. Aku gagal untuk ingat makan PHYTOCOL-ST sebelum makan. Takpe-takpe. aku cuba lagi.

Memandangkan alang-alang nak diet, aku plan berpuasa. InysaAllah. Doakan aku boleh berpuasa dengan jayanya. 

Kiranya, di sini,tempat aku dokumentasi perjalanan aku nak kuruskan badan. InsyaAllah. Dan juga sebagai medan aku kongsikan kebaikan mengurangkan berat badan atau kekalkan berat badan ideal kepada diri kita.


Kita cuba ya untuk jaga berat badan dan jaga kesihatan. Fokus pada yang senang nak buat, contoh kurangkan makanan yang tidak sihat. Dan amalkan 'mindful eating'.



Tapi, hopefully aku tak lupa makan PHYTOCOL-ST ni.


LENNY BONIFACE
Mama Jual Shaklee
Shaklee Independent Distributor
https://www.wasap.my/60168749195/




Jumaat, 18 Disember 2020

OMG, Berat Badan Aku Naik

 Semalam, aku pergi bersantai di rumah kawan aku. Kemudian di rumahnya ada penimbang berat badan. Biasalah, bila jumpa penimbang, kena naik penimbang lah.

Dan, aku terkejut, berat badan aku 71.2 kg. OMG. Berat sangat. Coz, aku punya range berat badan biasanya antara 65 kg ke 68 kg.  Dan apabila dah melebih 68 kg aku sangat terkejut. 

Tapi sebenarnya kan, aku sendiri tahu yang kebelakangan ini aku makan agak banyak dan tak terkawal. Selalunya aku jaga kuantiti makan sebab aku ada pre-diabetes. Jadi bila jadi macam ini, aku kena cari solusi untuk masalah berat badan makan makin naik ini.

Antara solusi yang boleh aku apply-kan ialah :

1. Bersenam - aku memang merancang untuk bersenam atau aktiviti fizikal yang senang seperti berjalan kaki untuk panaskan badan , keluarkan peluh. InsyaAllah, doakan ya.

2. Berpuasa - aku plan nak lancarkan puasa-puasa ganti dan puasa sunat, insyaAllah. Kerana berpuasa ini bermanfaat selain menguruskan berat badan dan nak tambah amal pahala. 

3. Memilih pemakanan yang lebih sihat - aku kena lebih berjaga-jaga dalam pemilihan makanan. Walaupun hakikatnya sangat susah nak berdiet, bila sekeliling adalah makanan tidak berkhasiat dan juga majlis makan yang selalu diadakan.

4. Mengambil supplemen dalam membantu pengurangan berat badan - Aku perlu istiqomah dalam pengambilan supplemen dalam membantu pengurangan berat badan. Antara supplemen Shaklee yang membantu pengurangan kolesterol dalam badan ialah  PHYTOCOL-ST dan juga ESP. 




Mari aku terangkan apa fungsi PHYTOCOL-ST dalam proses mengurangkan berat badan. Di dalam PHYTOCOL-ST mengandungi Fitosterol.

Apa fungsi Fitosterol? Struktur Fitosterol adalah hampir sama seperti kolesterol, dan dengan pengambilan Fitosterol, ia akan bersaing dengan kolesterol untuk tapak penyerapan di dalam sistem penghadaman. Maka, Fitosterol seumpama bertindak sebagai penghalang kolesterol daripada diserap dan pada masa yang sama akan disingkir keluar bersama fitosterol. 

Maka, PHYTOCOL-ST ini membantu badan kita menyingkirkan lemak-lemak yang akan 'melekat' dalam dalaman tubuh kita. 




Kemudian, apa fungsi ESP dalam membantu proses kurangkan berat badan? Antara bestnya ESP ini ialah, ESP boleh memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Maka ESP akan membantu orang-orang yang sedang berusaha kuruskan badan mengurangkan pengambilan makanan yang berlebihan.
Selain itu, protein sangat membantu dalam proses inch-loss. Kerana, protein sihat membantu meningkatkan metabolisma, pada masa sama menyingkirkan lemak tanpa kehilangan otot badan.

Aku akan membuat jurnal perjalanan kurangkan berat badan di blog ini, insyaAllah. Doakan saya ya.


LENNY BONIFACE
Mama Jual Shaklee
Shaklee Independent Distributor

https://www.wasap.my/60168749195/



Rabu, 16 Disember 2020

3 Kebaikan ESP untuk Ibu Menyusu

 Aku sendiri pernah lalu pengalaman menyusukan anak pertama dan kedua. Jujur kata, menyusu anak adalah aktiviti yang agak tough bagi aku. Aku dapat anak pertama pada usia 33 tahun, agak berusia. Dan terasa badan cepat penat. 

Dan I nak share 3 kebaikan ESP Shaklee yang aku rasai sebagai ibu menyusukan anak.

1. Lebih Bertenaga dan Tenaga Tahan Lebih Lama

Minum ESP Shaklee setiap pagi bagi ibu menyusu akan membantu ibu-ibu lebih bertenaga atau tenaga tahan lebih lama sehingga ke malam hari. Kerana menyusu anak ini 'mengambil' tenaga dari ibu-ibu. Sebab itu setiap kali selepas menyusu, atau mengepam, ibu-ibu terasa lapar dan letih. Solusinya ialah mengamalkan ESP setiap hari.

2. Membantu Penghasilan Susu 

Mengikut kajian umum, protein membantu penghasilan susu yang berkualiti. ESP adalah protein berasaskan soya. Penghasilan susu adalah berdasarkan supply and demand, tetapi ESP membantu ibu-ibu menghasilkan susu yang lebih berkualiti. 

3. Membantu Kecantikan Kulit dan Keanjalan Kulit Ibu 

Ibu walaupun sibuk dengan anak-anak kecil, tetap hendakkan kecantikan kulit. Jadi ESP selain membantu ibu dalam penyusuan, pada masa yang sama membantu mencantikkan kulit ibu. Aku juga mengalami pengalaman kulit yang cantik semasa mengamalkan ESP.


Banyak kebaikan yang para ibu boleh dapat dari ESP Shaklee. Ini hanya dari sebahagian daripadanya.

Harga setong ESP Shaklee ialah RM 161. 

Penghantaran seluruh Malaysia postage RM 10 Semenanjung Malaysia / RM 20 ke Sabah, Sarawak.

Nak dapatkan ESP Shaklee cuma perlu klik ke link wasap di bawah dan komen ESP. I will reply as soon as possible.



LENNY BONIFACE
Mama Jual Shaklee
Shaklee Independent Distributor
https://www.wasap.my/60168749195/




Selasa, 15 Disember 2020

Percutian Ke Janda Baik Tahun 2020

 Assalamulaikum.

Nak kongsikan percutian hujung minggu di Janda Baik. Al maklumlah, dah lama berkurung, rasa tak tahan nak keluar juga. 

So, kami sekeluarga buat percutian bajet-bajet. Makanan masak sendiri, cuma bayar chalet. Alhmadulillah, percutian bajet begini membantu hilangkan serabut-serabut di kepala.

Cuti-cuti kali ini, kami tinggal di De River Resort, Janda Baik. Boleh cari info Resort ini di facebook. Kalau cari di Agoda, Booking dan lain-lain tak jumpa rasanya. (Rasanya).

Anyway, kami bertolak dari Bangi pada 11 pagi (13.12.2020 Ahad), dan sampai Janda Baik dalam 12 lebih. Tak jem. Dan lagipula, Janda Baik dari Bangi pun dalam sejam lebih boleh sampai.

Di bawah in gambar kami baru sampai, singgah makan dulu.




                      

                                        

Khamis, 10 Disember 2020

Apa Yang Diperlukan Ibu-Ibu Bekerja ?

Assalamualaikum.

Zaman sekarang, ibu-ibu bekerja adalah kebiasaan semasa. Dan golongan ibu-ibu bekerja ini amat 'memerah' tenaga. Dan kami (ibu berkerjaya) perlukan tenaga tambahan kerana kami perlu 'juggle' 3 peranan utama dalam hidup.

Apa dia 3 peranan ibu yang bekerja ini? Mari kita tengok apa peranannya:

1. Peranan sebagai Ibu - Menjaga/menguruskan anak-anak dan kerja rumah

2. Peranan sebagai isteri - Memberi perhatian dan memenuhi keperluan suami

3. Peranan sebagai pekerja - Menjalankan kerja hakiki di pejabat 


Perhatikanlah peranan ibu bekerja ni.. Yess.. mommies you need energy and stamina untuk uruskan 3 peranan ini.

Di sini saya kongsikan sedikit tips untuk ibu-ibu kekal bertenaga dari pagi sehingga malam.

1. Tidur yang cukup dan berkualiti.

2. Bersenam 3 kali seminggu.

3. Makan makanan yang berkhasiat, eat clean, kurangkan makanan segera dan tinggi gula. Minum air putih (kosong) yang cukup.

4. Amalkan pengambilan Supplemen ESP Shaklee.



Kepada yang memerlukan ESP Shaklee ini boleh wasap saya melalui link di bawah ya.




LENNY BONIFACE
Mama Jual Shaklee
Shaklee Independent Distributor
https://www.wasap.my/60168749195/

Rabu, 9 Disember 2020

Humanize My Blog (Memasukkan Unsur Insaniah di Dalam Blog)

 Assalamualaikum w.b.k.

Aku mengalami somewhat 'a ha' moment. I think my blog is too 'buku teks' or terlalu kaku dan tak ada perasaan. So tadi, aku pun buat catatan setelah mendapat idea.




Aku tuliskan apa yang blog aku sepatutnya tonjolkan. 

Jadi pertama sekali, macam biasa aku buat sediikit kajian blog-blog yang sedia ada di Malaysia dan apakah ciri-ciri blog sedia ada.

Di Malaysia banyak Blog yang 

1. berkisar dengan berita semasa atau artikel viral

2. blog berkaitan gosip atau politik

3. blog memberikan ilmu

Blog di luar negara pula ciri-cirinya:

1. Mesti ada niche dan antara niche nya ialah :

    - fesyen

    - lifestyle

    - travel

    - artwork

    - education

2. Lebih peribadi, blog mereka menonjolkan kehidupan sebenar mereka, wajah mereka. Lebih kepada personal branding.


Apa yang aku dapat dari kajian aku sendiri ini ? 

1. Blog aku mesti lebih fokus kepada kehidupan sebenar aku (walaupun bukan semua aspek)

2. Membina stail aku sendiri samada ada niche ada tidak, yang penting personal branding aku mesti ada.

3. Kenali diri aku sendiri, Apa yang aku BUKAN dan Apa yang aku MINAT.

4. Lebih banyak menggunakan gambar yang diambil sendiri.

5. Perlukan perancangan rapi seperti merancang konten setiap post.




LENNY BONIFACE
Mama Jual Shaklee
Shaklee Independent Distributor
https://www.wasap.my/60168749195/

Selasa, 8 Disember 2020

Tuliskan Rancangan Anda Sebelum Tidur

 Aku perasan, menulis sesuatu yang hendak dilakukan akan mengurangkan perasaan blur.

Sebelum-sebelum ini aku selalu juga cuba guna kuasa minda untuk mengingati banyak perkara terutamanya perkara yang hendak dilakukan. Akhirnya aku jadi blur, terkial-kial, melengah-lengahkan kerja. 

Tapi bila aku fikirkan balik, aku dulu, nak travel ke apa ke, aku akan tulis senarai benda yang aku nak bawa dan perkara perlu dilakukan sebelum bergerak. Dan, tabiat itu memberikan rasa yakin dan tenang sebab aku takkan lupa.

Maka, seterusnya Tabiat Kejayaan yang perlu aku implimenkan ialah menuliskan apa kerja( waktu pagi)  yang perlu aku selesaikan sebelum tidur. Jadi aku kena cari satu buku nota(yang macam anak-anak guna) dan contengkan, tuliskan apa yang perlu aku lakukan pagi-pagi.

Pagi-pagi, otak kita belum 'berjalan lancar' lagi. Sebab itu, kita perlukan catatan/nota untuk mengingatkan kita.

Tadi, sebelum aku hendak menghantar dokumen ke pejabat induk tadi, aku tulis siap-siap langkah-langkah aku kena buat. Biasa la, nanti dah jumpa member lupa pula apa kena buat. Hihihi.

Dan, Alhamdulillah, bila dah tulis, aku tak sesat. Semua proses aku lakukan dengan betul dan berjalan lancar.

Jadi, aku kena mulakan tabiat menulis sebelum tidur tentang apa aku kena buat apabila bangun tidur.




Semoga, coretan ini juga boleh membantu anda dalam mengatasi 'blur' pagi hari.




LENNY BONIFACE
Mama Jual Shaklee
Shaklee Independent Distributor
https://www.wasap.my/60168749195/


Isnin, 7 Disember 2020

Memulakan Tabiat Baru

 Tabiat adalah kebiasaan perlakuan kita harian. Tabiat dalam bahasa Inggeris ialah Habit.

Dan untuk mencari kejayaan kita kena memulakan 'tabiat kejayaan'. Antara 'tabiat kejayaan' ialah: 

1. Konsisten / Istiqamah

2. Berusaha bersungguh-sungguh

3. Mencari ilmu untuk mencapai kejayaan atau mengasah kemahiran

4. Baca buku untuk tambah pengetahuan

5. Tidak berputus asa walau keadaan susah

6. Berada di dalam "circle" yang positif dan sokong menyokong


Di artikel ini saya nak bercakap tentang keinginan saya untuk berubah  kepada 'tabiat kejayaan'. Maka saya akan memulakan tabiat mencatat di blog ini sekerap mungkin untuk catatan perjalanan mencapai 'tabiat kejayaan'.






LENNY BONIFACE
Mama Jual Shaklee
Shaklee Independent Distributor
https://www.wasap.my/60168749195/GLA


Khamis, 3 Disember 2020

Lembaran Baru, Semangat Baru

 Assalamualaikum.

Datang Disember ini, banyak perlu difikirkan. 

Tanya diri sendiri

  • Apa kita target dah dicapai?
  • Apa kita masih di landasan yang betul?
  • Apa kita masih lagi di takuk lama?
  • Adakah kita muhasabah diri?
  • Adakah kita cuba bersungguh-sungguh?
  • Kalau belum, apakah kita nak berubah?
Bila datang tahun baru, datanglah azam baru, impian baru, tetapi apakah impian lama dah tercapai?

So mari kita muhasabah diri, evaluate diri sendiri.

Disember 2020 ini ada PROMO YOUTH SHAKLEE.

Sesiapa berminat boleh klik link wasap di bawah ye: