Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2019

FB Post Aku Hari ni

Ini tulisan post fb aku✔️✔️ Aku tgk byk share post fb buat baik pada isteri dapat ni ni ni.. Tu la paling banyak.. Takde plak tazkirah kata buat baik pada suami, anda dpt ni ni ni ni.. Actually kena seimbang, buat baik pada isteri, buat baik pada suami, buat baik pada anak, buat pada keluarga.. Kebaikan ini, Allah suruh kita buat. Dan buat kerana dapat balasan Allah. Sesungguhnya aku pun nak dapat ni ni ni.. Tapi aku percaya aku buat kebaikan sikit pun pada sesiapa saja, aku pun dapat ni ni ni.. Cuma Islam kata lebih afdal dahulukan keluarga. Dunia ini berat, pada sesiapa yang faham. Akhirat lagi berat berlipat ganda.  Anda sudah tazkirah??? Cuma secubit pandangan dari sudut hamba yang hina ini.

Nikmat Syukur (dari istilah dan rasa)

Assalamualaikum. Semoga hari hari yang barokah untuk semua. Emotional sikit hari ini. Hari ini baca IG Story FynnJamal, ada satu bahagian berkaitan 'dapur'. Sesiapa baca mesti tersentuh lah, romantik bagai. Jadi apa kaitan dengan aku? Selepas baca IG Story tu, satu perkataan 'pop-up' depan mata aku : SYUKUR. Ini mungkin menjadi satu karangan yang panjang, sebab aku nak ungkap/rungkai kenapa SYUKUR itu indah. Hidup aku tak semenggah. Hidup aku takde kemewahan. Hidup aku, aku tak kenal brand-brand terkenal. Hidup aku, aku cuma kena "ada tu ada lah, takde tu, takyah merungut, takyah menyesal." Itu aku. Agak susah aku nak ungkapkan perasaan aku ni sekarang. Aku nak ekspresskan rasa TERIMA KASIH sangat-sangat kepada Allah s.w.t.  Aku bukan nak tulis terima kasih (fizikal) kepada Allah. Aku cuma nak tulis bahawasnya, rasa syukur itu mencukupkan kehidupan. Rasa syukur itu memberikan perspektif dalam melihat yang 'tak ada' itu indah. Kadang-kadang...

Mencari Tujuan

Sudah lama tidak aktif dalam menulis (dan membaca). Kebelakangan ini terasa serba tak kena. Dan tidak tahu apa yang sedang mengganggu emosi dan fikiran. Maka, tiba-tiba pagi tadi datang satu 'ketukan minda' - Mungkin aku, kekurangan 'cabaran' dalam hidup. Faham istilah 'lame'? Apabila hidup dah kehilangan cabaran, manusia akan rasa macam 'tawar'. Tapi tak ada sesiapa nak cabaran atau halangan dalam hidup. Itu juga sifat manusia. Manusia hendakkan hidup yang senantiasa lancar dalam mencapai impian. Tapi itu tak mungkin. Maka, kesimpulan dari 'ketukan minda' ini, aku ingin ubah hidup aku. Aku ingin 'embrace' cabaran. Aku ingin lalu cabaran dan halangan hidup ini. Hendak berjaya dalam mencapai sesuatu kejayaan, sama ada yang kecil mahu pun besar. Jadi, aku nak set objektif yang aku nak capai: 1. Baca buku - 2 buku berkaitan motivasi /berniaga setiap bulan/ bantu diri 2. Mengaji Al -Quran - 1 hari  min 6 muka surat 3. Berkongsi I...