Langkau ke kandungan utama

TIPS KEWANGAN : Simpan Dulu Sebelum Belanja

Salam.

Alhamdulillah.

Entri kali ini saya ingin kongsikan artikel yang saya salin dari Harian Metro berkaitan perancangan kewangan.

*Tulisan dalam font italic adalah artikel dari Hmetro.

SIMPAN DULU SEBELUM BELANJA

-Terbitan Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL); PKPKL@hotmail.com dengan kerjasama KPDNKK

Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPL) ingin berkongsi idea dengan anda semua cara bagaimana untuk memaksimakan kecekapan pengurusan kewangan peribadi.

Perkara ini penting memandangkan kos sara hidup yang semakin meningkat menyebabkan nilai wang yang kita ada semakin menyusut. Ini diruncingkan lagi dengan tanggungjawab yang perlu kita laksanakan dengan setiap pendapatan yang diperolehi kepada keluarga, masyarakat dan diri sendiri.

Duit Untuk Ibu Bapa
Pemberian wang kepada ibubapa adalah sangat penting bagi setiap daripada kita, sebagai tanda penghargaan anak kepada ibubapa mereka, di samping membantu mereka menampung kos kehidupan yang semakin mahal dari tahun ke tahun.

Kaya atau tidak ibu bapa kita bukan soal kerana dengan memberi duit sara hidup akan membuat mereka gembira dan bersyukur dengan sikap anak yang sentiasa ingatkan mereka.

Tetapi jangan anda menghadkan pemberian wang itu dengan hanya sekadar nampak duit sara hidup sahaja. Lebih bijak jika anda memberikan perlindingan insurans perubatan sekiranya keadaan kesihatan mereka masih mengizinkan, agar kebajikan mereka di hari tua, lebih terjaga.

Kita semua sedar bahawa semakin lama kos rawatan hospital semakin mahal. Untuk masuk hospital kerajaan, hanya kes kritikal sahaja diterima masuk kerana fasiliti menjadi tumpuan terlalu ramai orang. Mahu tidak mahu hospital swasta menjadi alternatif agar ibu bapa mendapat rawatan sewajarnya.

Sebagai anak, kita sama sekali tidak akan membiarkan ibu bapa sakit, namun berapa ramaikah kita yamg mampu menanggung kos rawatan yang tinggi? Dengan adanya perlindungan insurans, perkara ini dapat diatasi.

Simpan Masa Depan
Menangani peningkatan kos sara hidup tidak seharusnya dilakukan untuk keadaan semasa semata-mata. Kita tidak akan dapat meramalkan apa yang akan berlaku di masa hadapan, oleh itu, untuk memenuhi keperluan seperti persaraan atau pendidikan universiti anak, kita perlu membuat simpanan mulai sekarang, dan bukannya bertangguh sampai dah nak pakai duit.

Perkara ini diingatkan Allah dalam Al-Quran melalui Surah Yusuf yang bermaksud : Hasil tuaian 7 tahun yang perlu disimpan untuk kegunaan 7 tahun akan datang yang teruk. Dalam erti kata lain, ketika berduit, ada sumber pendapatan seperti sekaranglah, anda perlu menyimpan sebahagian rezeki tersebut untuk kegunaan ketika terdesak di masa akan datang.

Jika anda teliti dan ikuti nasihat Allah ini, maknanya, jika gaji anda RM 2,500 sebulan, RM 30,000 setahun - bekerja 30 tahun, anda akan membawa masuk RM 1 juta termasuk kenaikan gaji, bonus dan kerja lebih masa.

Bayangkan, jika hanya menyimpan 10% daripada jumlah itu, anda akan dapat menyimpan hampir atau mungkin lebih daripada RM 30,000.

Oleh kerana setiap individu itu berbeza, keperluan dan keadaan kewangan masing-masing juga berbeza.

Anda tidak boleh samakan seorang yang hidup di bandar dengan yang seorang di kampung, walaupun mereka memperolehi pendapatan yang hampir sama nilai setiap bulan dan pastinya juga pola perbelanjaan masing-masing juga tidak sama. Oleh itu, kami di PKPKL ingin menasihati anda uruslah kewangan mengikut keadaan semasa diri sendiri dan bukannya orang lain.

Buat Duit Dengan Hutang?
Ramai daripada kita tersalah anggap berhutang untuk menjana pendapatna dengan menyertai skim amanah saham adalah langkah bijak kerana menyimpan dengan cara berhutang ini, lebih baik sebab kita bayar sedikit demi sedikit setiap bulan.

Tetapi ramai juga antara kita yang terlupa, apabila membuat pinjaman sedemikian, kita masih perlu membayar faedah kepada bank setiap bulan. INgatlah boleh buat duit tapi rupa-rupanya bank yang buat duit.

Bank pinjamkan RM 100,000, dia akan dapat balik RM 100,000 melalui pembayaran anda dan dapat pula pulangfan faedah dari dividen amanah saham kita itu. Sebenarnya ini hanyalah isu sikap peribadi anda sahaja.

Cuba amalkan menyimpan dulu sebelum berbelanja pastinya simpanan akan terhasil. Kalau kurang berdisiplin, buat potongan gaji atau autodebit. Carumkan ke dalam amanah saham seperti ASB agar dapat pulangan yang setimpal.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Umum : Waktu Operasi

Assalamualaikum. ML saja nak kongsikan maklumat waktu operasi ASNB cawangan Putrajaya. Sebab ML sendiri pun baru tahu waktu operasi pukul 8.15 pagi. Jadi apa salahnya ML berkongsi maklumat ini, agar kawan-kawan di luar sana yang ingin berurusan awal tahu. ******************************************* Ingin mendapatkan produk Shaklee? Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee? WhatsApp/SMS    ke ---  016 874 9195   Lenny Kedai E-book dan produk-produk ilmiah lain di  http://lenny-e-bookshop.blogspot.com/ Jemput singgah di Kedai ML di Lelong http://www.lelong.com.my/merchant/lennbj.htm

Mesej Berguna Dari Wasap

The Treatment of Laziness and Frustration Dr. Omar Abdul Kafi said that one day he was giving a Friday sermon in one of the Masjid. After the prayer a man who had a long hair and a long beard came to him. Surprisingly it showed that he did not care about himself at all. He told Dr Omar: "I am very lazy, with a lot of sleep. I hardly wake up, I only wake up to eat and go back to sleep again. I neglect my work, my future, and everything else and I don't care. My children think I am a strange person and very boring. I have a lack of enthusiasm, and I am always having frustration. What should I do please help me." Dr. Omar told him to ask Allah for forgiveness by saying "Astaghfir Allah" at least 100 times in a day, and to come back to him after one week, to tell him the result. The man said: "I am telling you I am lazy, I sleep more than 15 hours in a day. I am neglecting my prayers, my children and my work, and you are telling me to ask Allah for for...

Forum Berkaitan Wanita

17 Febuari 2020 yang lalu, aku berpeluang menghadiri Forum berkaitan isu wanita. Nama forum tersebut ialah Women in Higher Education, Employment and Leadership. Forum ini dijalankan di Hotel Armada, Petaling Jaya yang di anjurakan oleh IWB (Institut Wanita Berdaya ). Asal mula, kawan aku yang ajak pergi ke event ini. Mula-mula aku pun tak pasti apa event yang dijalankan, apabila dah tengok tajuk berminat pulak aku nak join. OK la. Jujur kata ye. Aku sebenarnya tak berminat dengan whatsoever ideologi, konsep atau apamacam perjuangan (since teenagers). Sebab aku tak ada awareness dan juga pendedahan. Yang so called women empowerment pun aku tak berminat. Tetapi kebelakangan ini, aku bagai 'diketuk' untuk menyelami what is so called feminism , women empowerment. Women empowerment tak semestinya feminism, mengikut pemahaman aku yang cetek ini.  Women empowerment ini adalah aktiviti / gerakan untuk memberikan pendidikan dan pengetahuan dan kesedaran kepada golon...