Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2014

Masa : Saat ini

Salam.Alhamdulillah. Masa. Macam-macam peribahasa berkaitan masa, contoh MASA ITU EMAS. Dan ternyata masa itu lebih berharga dari emas. Sebab walaupun kita ada EMAS, belum tentu dapat membeli masa. Masa telah berlalu, dan sekarang dah masuk 24 RAMADHAN. Macam mana dengan 'progress' kita? Kalau progress kita tidak memuaskan hati, usah gusar, usah putus asa, boleh mulakan dengan saat ini, kita tanamkan niat kita nak lebih berjaya dan lebih baik dari semalam. Kita jangan lah tunggu sampai Ramadhan tahun depan pulak. Mulakan dari saat ini. 'Breaking habit' memang susah. Saya pun sama. Mula-mula saya pun sangat liat hendak update blog. Tapi, apabila kita dah letakkan niat, buatkan WISHLIST atau sasaran, kita cuba. Mula memang tak boleh konsisten. Contoh ngaji Al-Quran, kita niat nak mengaji setiap hari, tapi untuk permulaan memang kita akan skip sehari, skip dua hari, atau tak buat langsung. Tapi, kita ingat balik niat kita dan sasaran kita, in shaa Allah, mungkin ki...

Kelas Penulisan Kreatif di ABDR

Salam. Alhamdulillah. Penulisan. Suatu kerjaya yang agak dalam trend sekarang. Cuba pergi ke MPH, Popular atau mana-mana toko buku besar mahupun kecil, penuh dengan lambakan buku-buku novel baru. Dan kemungkinan anda juga berminat hendak menghasilkan sebuah karya sendiri. Namun anda tidak tahu bagaimana. Tiada arah tujuan lagi untuk menghasilkan genre yang mana satu. Tiada modal untuk menerbit karya anda. Dan bermacam-macam lagi persoalan dan isu yang anda belum ketahui. Di ABDR, terdapat satu program Kelas Penulisan Kreatif yang dikelolakan oleh Cikgu Online Monalita Mansur dan Cikgu Online Mazlia. Mereka akan membantu anda ke arah menghasilkan karya yang bermutu dan juga membantu anda mencari arah genre anda. Tiada masa untuk kelas? Usah gusar, semuanya secara online. Berminat? Boleh hubungi saya seperti maklumat di bawah: Lenny Boniface  di lenny.boniface@gmail.com 016-8749195 (SMS/WhatsApp) https://www.facebook.com/lenny.Boniface

Sasaran.. Sasaran...

Salam. Alhamdulillah. Ah tidak!! Ter-miss update blog selama 2 hari! Lari sasaran WISHLIST saya. Ini boleh membuat diri rasa 'tidak efisien'. Harus efisien. Mesti efisien. Kenapa? Kerana kita dah ada sasaran. Maka sasaran mesti dipenuhi. Tak susah nak update blog ni. Sebelum ini memang payah, masa sebelum saya menyertai Kelas Online ABDR - Kelas Asas Blog. Memang tak ada sasaran, tak ada kesedaran, tak ada tujuan. Tapi setelah menyertai Kelas Asas Blog ini, saya rasa mata dan minda saya lebih 'terang'. Sebab di ABDR, saya telah diajar untuk mengemaskini blog setiap hari dengan entri karangan diri sendiri. Bukan copy-paste. Dan bermula dari situ, saya telah menemui kebolehan diri untuk mengarang dalam masa beberapa minit sahaja. Dan saya tidak ingin sesekali mensia-siakan kemahiran yang baru saya latihkan untuk diri sendiri. Saya mesti berusaha mengemaskini blog setiap hari untuk memotivasikan diri dan mencapai sasaran hidup saya - WAHM. Berminat untuk mendap...

Terkini dari Pengasas ABDR : Kita mampu luar biasa

Salam Alhamdulillah. Kali ini saya ingin kongsikan entri dari Pengasas ABDR iaitu  Masayu Ahmad . Membaca entri di blog memberikan kita inspirasi dan juga ilmu yang kadang-kala kita cari selama ini. Alam maya adalah suatu tempat yang mengandungi ilmu-ilmu dan bahan bacaan yang tiada akhirnya, daripada isu atau tajuk yang kita cari sehinggalah ke tajuk yang langsung tak berkaitan dengan kita atau apa-apapun. Jadi kita hendaklah sentiasa fokus dengan matlamat kita, atau sasaran kita apabila melayari internet. Sekiranya tidak, maka kita akan membuang masa kita dengan banyaknya di internet. Mari kita baca entri dari  Masayu Ahmad  untuk panduan kita mencari ilham dan inspirasi. Kita mampu luar biasa Teks: Masayu Ahmad Alhamdulillah, sudah menjejaki 18 Ramadhan dan sudah 16.7.2015 tahun masihi. Allahu Allah, sangat laju masa mengejar. Dan ketika sampai saaat ini, hanya kesyukuran atas segala nikmat dan rahmat. Atas segala kemudahan dan apa juga doa yang diperkenan...

TERBAIK !! Protege ABDR Entri : Postive Thinking oleh Roszila Ibrahim

Salam.  Alhamdulillah. Satu hari barlalu, dan semoga kita melakukan yang terbaik untuk keluarga dan juga kebajikan untuk akhirat kita. Saya terbaca satu entri menarik dari salah satu protege ABDR yang saya rasakan sangat menarik untuk dikongsikan bersama pembaca di luar sana dan juga sebagai motivasi untuk diri saya amalkan setiap hari untuk menjalankan tugas di rumah dan di pejabat. Mari kita baca entri dari  Roszila Ibrahim . Positifkan Diri Teks: Roszila Ibrahim Sumber: Google Entri kali ini saya ingin berkongsi tentang Positifkan Kenyataan Diri. Saya memang tidak mengenali Dr Nora tetapi saya amat tertarik dengan entri Dr Nora Bakry kerana ada kena mengena dengan  diri saya dan mungkin kalian juga. Ada kalanya seolah-olah kita tidak bersemangat untuk melakukan apa- apa pada hari-hari tertentu.  Menurut Dr Nora Bakry, ini berpunca dari dari banyak sabab seperti stress, kecewa, bangang, keliru dan sebagainya. Perasaan yang berkecamuk seperti ini mud...

Tips Untuk kita

Salam. Alhadulillah. Hari ini saya kongsikan satu tip yang saya dapat dari langganan emel. Saya terjemahkan dalam bahasa Malaysia untuk bacaan anda semua. Tip Segera: Kadang kala kita sebagai ibu-ibu bekerja, kita terlalu fokus kepada anak-anak dan juga pekerjaan/ perniagaan kita sehinggakan kita lupa hendak ambil perhatian kepada pasangan kita. Atau kita tertekan kerana kerja-kerja rumah yang tak dapat disiapkan dan kita melepaskan geram ke atas pasangan kita. Di sini ada 3 tip-tip kecil untuk mengelakkan berlaku kerenggangan dan mengekalkan perhubungan yang mesra: Tahan perasaan rasa hendak "menang" setiap kali perselisihan / 'berhujah' Selalu katakan perasaan sayang anda terhadap pasangan Berpegangan tangan dengan pasangan semasa tidur bersama.           

Perbaiki Diri

Salam. Alhamdulillah. Bagaimana hari anda? Hari saya? Hari saya kurang produktif. Dan akan saya PERBAIKI DIRI supaya menjadi insan lebih agresif, produktif, sensitif, peka dan fokus. Kita harus sentiasa peka akan keadaan diri sendiri, dan selalu bermuhasabah diri. Supaya kita dapat menilai apakah diri kita maju ke hadapan atau duduk statik sahaja. Pada masa ini, saya perasan yang saya masih di takuk lama. Dan saya harus melakukan perubahan dan menanamkan benih-benih nilai kebaikan dan inginkan kejayaan dalam diri saya. Masa itu sangat berharga. Islam pun menekankan perkara berkaitan masa. Yang paling penting ialah MAUT itu sangat dekat dengan kita. Jadi apakah saya dah bersedia untuk akhirat nanti? Dan apakah saya menyediakan bekalan untuk anak-anak saya di masa hadapan sekiranya saya tiada nanti? BELUM. Semua belum buat. Apabila kita dah tahu apa yang perlu dibuat, buat segera, SEKARANG. Sebab sekarang yang penting. Yang lain-lain itu semua DISTRACTIONS yang mengganggu kita ...

Catatan saya untuk fokus

Salam. Alhamdulillah. Bermula hari saya ini dengan niat dan fokus untuk menjadikan blog ini sumber pendapatan pasif saya. Saya terbaca balik WISHLIST saya di blog ini. jadi akan saya cuba sedaya upaya untuk memenuhi WISHLIST yang saya buat itu.  Alhamdulillah, Subhanallah. Segala-gala puji-pujian untuk Allah s.w.t. Bukan senang nak 'break habit' dan mulakan rutin yang baru. Semuanya perlukan kecekalan dan fokus. Tanpa elemen ini, maka kita akan tersasar dari IMPIAN yang hendak dicapai. Bayangkan, setiap hari sebagai ibu kita perlu mengendalikan kerja-kerja mengurus rumah dan juga mengurus anak yang pelbagai ragam. Dan apabila kita hendak memulakan suatu projek, contohnya menulis blog, maka akan terdapat halangan-halangan yang mengganggu fokus kita. Itu adalah biasa bagi warga-warga suri di rumah dan suri yang bekerja. Namun, jangan kalah dengan halangan-halangan itu. Anda lebih bijak dari itu semua. Masa adalah milik anda, dan anda mempunyai pilihan untuk menguruskannya ata...

Dropship ABDR

Salam. Alhamdulillah. Dropship. Apa yang anda tahu tentang dropship? Hendak belajar cara membuat perniagaan secara dropship? Mari sertai dropship ABDR. DROPSHIP ABDR KENAPA PERLU MULA BISNES ONLINE SECARA DROPSHIP Dropship memang sangat sesuai untuk yang baru mula nak belajar berbisnes. Tak perlu gah dengan lambakan stok, tapi belajar dulu cara dan kaedah yang betul berurus niaga, berinteraksi dengan pelanggan, cara ambil order, cara transaksi bayaran. Jadi saya mengalu-alukan mereka yang mahu mula belajar berbisnes, sertai dropship ABDR, kami tawarkan produk sambil beljar menggunakan salah satu medium pemasaran yang sangat efektif. Belajar menggunakan blog untuk mempromosikan produk. Mereka yang serius mahu mula bisnes, boleh sertai kumpulan dropship bersama Akademi Bekerja Di Rumah. Kami buka pendaftaran untuk dropship ABDR 1. Dropship makanan sunnah dan projek raya 2. Dropship makanan sunnah dan telekung solat 3. Dropship makanan sunnah dan produk islamik 5 l...

Apa itu Pengurus Online ABDR?

Salam. Alhamdulilah. Ingin mengetahui apa itu Pengurus Online ABDR? Mari kita baca info serba sedikit tentang Pengurus Online ABDR dan apa kebaikan menjadi Pengurus Online ABDR. Pengurus Online Akademi Mula bekerja di rumah sebagai Pengurus Online Akademi. Sangat mudah dan senang kerana hanya atas talian. Yang bestnya walaupun cik posmen bercuti, kita masih boleh berurusniaga, kerana semua produk atas talian, selagi ada internet. Sangat sesuai untuk mulakan sekarang, bila sibuk nak raya orang tak pakat pos barang dah, semua mesti ramai online sahaja. Bagi kalian yang mahu mula bekerja hanya dari rumah, boleh mendaftar sebagai pengurus online ABDR * Hanya daftar dengan yuran RM 300 - sekali bayar untuk yuran pendaftaran pengurus online akademi * Dapat Bonus 5 ebook (ebook belajar asas blog - ebook rujukan utama membina blog, ebook super wahm supermom perkongsian kisah sebenar wahm yang mula bekerja dari rumah, ebook panduan mula bisnes butik - panduan untuk membuka butik, dan eb...

Wishlist Yang tertunda

Salam. Alhamdulillah. Sekarang dah masuk 10 kedua bulan Ramadan. Apakah amal yang telah kita buat untuk akhirat? Mari kita double-check diri sendiri. Saya doakan semoga pembaca di luar sana mendapat barakah dan rahmat yang berlipat ganda di bulan Ramadan ini. Apa yang hendak saya coretkan di sini? Kebetulan semalam saya membaca WISHLIST saya di sebelah kiri blog saya ini, dan saya perasan di situ tercatat : "3) Membuat (01) entri setiap hari di blog ini, dengan minimum 7 ayat setiap entri." Dan saya perhatikan di blog ini, wishlist ini belum dipenuhi kriterianya,. Jadi apa kata, saya mulakan dari saat ini dan waktu ini, saya membuat entri - minimum 7 ayat setiap hari. Lebih lagi bagus. Ayuh! Ciayok Ciayok!! Usaha! Usaha! Tangga kejayaan! Amin.

Tips dari Blogger Zuriati Zubir : Cara Membeli Waktu

Salam. Alhamdulillah. Menemukan sebuah entri yang sangat menarik dan membantu dalam kehidupan harian. Mari kita baca entri dari Pn. Zuriati Zubir di http://zuriatizubir.blogspot.com/ [CARA MEMBELI WAKTU] Teks : Zuriati Zubir Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum wmt. Waktu, masa, saat, kala, tempoh adalah sama dari segi maksudnya. Setiap manusia diberikan waktu atau masa yang sama setiap hari iaitu 24 jam. Apapun pekerjaan atau perkara yang dilakukan, waktu yang kita miliki sehari hanyalah 24 jam. Dari pengemis hinggalah Perdana Menteri, waktu yang dimiliki sehari terbatas kepada 24 jam sahaja. Tidak pernah lebih dan tidak pernah kurang. Tetapi, tahukah anda bahawa waktu boleh dibeli ? Waktu boleh ditambah ? Bagaimana cara membeli waktu ? SUBHANALLAH - "Membaca Quran menambah waktu ?" Ada seorang ulama berguru kepada seorang guru. Selang beberapa lama, saat dia ingin melanjutkan belajar ke guru lain, gurunya berpesan : "Jangan tinggalkan memb...