Assalamualaikum. (Entri ini adalah entri saya pada 9 Mei 2013 di blog lama saya. Saya up-kan semula) Kali ini saya ingin memperkenalkan Nutriferon Shaklee. Jumaat lepas adalah kali pertama saya mencuba Nutriferon. Dek kerana kebelakangan ini saya selalu kena serang batuk, maka terdetik di hati saya untuk mencuba nutriferon. Timing tepat sekali. Minggu lepas saya membeli sekotak dari HQ Shaklee, dan kebiasaannya, barang akan sampai pada hari Khamis atau Jumaat. Anyway, pada Rabu cuti Hari Pekerja, Khamis tambah cuti sehari. Malangnya entah apa yang jadi malam Rabu tu, pagi Khamis saya merasa tak sedap badan. Badan rasa lain macam, nafas panas, kepala sakit, dahi rasa panas. Nasib hari tu, demam yang menyerang tak teruk. Boleh lah saya bermain bersama anak sya Iman. Entah kenapa, saya tak nak telan panadol. Mungkin sebab baca artikel berkaitan bahayanya panadol. Saya tak amik pun panadol walaupun badan dah rasa sangat tak sihat. Barang yang saya order tu sampai lewat petang, seba...