Salam. Kali ini saya nak ceritakan sedikit kenapa menyertai Shaklee? Apa yang menyebabkan Shaklee istimewa? Apa yang anda tahu tentang Shaklee? Mari kenali Shaklee. Latar belakang Shaklee - Lebih daripada 50 tahun, Shaklee menerajui perniagaan produk kesihatan semula jadi yang kukuh. Dr. Forest C Shaklee lebih mendahuluinya dengan mencipta "Vitalised Minerals" multivitamin pertama di dunia pada tahun 1915. Pada 1956, Dr. Forrest C. Shaklee menubuhkan syarikat mesra alam dengan menghasilkan produk bagi meningkatkan kesihatan insan dan bumi. Mari kita kenali latar belakang Dr. Forrest C. Shaklee. Dr. Forrest C. Shaklee dilahirkan pada tahun 1894 dan beliau mengidap penyakit 'tuberculosis' atau batuk kering semenjak lahir. Doktor pada waktu itu berpendapat bahawa Dr. Shaklee takkan hidup lama. Namun, ibubapa mempunyai keyakinan kepada benda-benda alami (natural) membawa Dr. Forrest yang masih kecil berpindah ke utara Amerika. Di...