Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2014

Segmen Berkenalan dengan Protege ABDR : Sariah Awang Senik di blog -- sariahawangsenik.blogspot.com

Assalamulaikum. Alhamdulillah. Mari berkenalan dengan protégé ABDR yang seterusnya iaitu Sariah Awang Senik. Kalau tak silap saya, saya pernah bertemu secara live di Seminar Branding yang dikelolakan oleh Guru Online Nisa Nua. Apa-apapun mari kita baca netri beliau yang berbentuk nasihat. Berkenalan dengan penulis/ Pengurus Online ABD : Sariah Awang Senik Singgah di blog : http://sariahawangsenik.blogspot.com/ KETABAHAN DAN KEKUATAN SEORANG IBU TUNGGAL Jangan bersedih kalau anda ditakdirkan sebagai seorang ibu tunggal. Terimalah dengan redha dengan hati yang tulus dan ikhlas. Kita tidak pernah meminta untuk dijadikan seorang ibu tunggal. Memang hakikatnya terlalu amat pedih dan derita namun semuanya itu ada hikmah tersembunyi. Jangan biarkan diri terlalu lama bersedih. Memang agak sukar menerima kenyataan setelah hampir sekian lama bergelar seorang isteri. Tiada siapa yang meminta untuk dijadikan seorang ibu tunggal. Percayalah pada diri bahawa tuhan sedang mengaturkan se...

Segmen Shaklee : Vitamin Shaklee dan susu ibu

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Untuk entri ini saya ingin bercerite tentang Shaklee dan keistimewaan Shaklee. Dah sangat banyak bahan bacaan mengenai Shaklee dan produknya. Jadi, saya ingin menyatakan Shaklee dari kaca mata saya pula. Kebanyakkan kalau kita baca blog berkaitan Shaklee, kebanyakan kenal Shaklee kerana mereka ibu-ibu yang menyusu badan dan mencari produk yang membantu mereka menghasilkan susu badan. Persepsi kebiasaan yang saya dapat (termasuk diri saya sendiri) ialah apabila mengambil vitamin Shaklee maka susu akan melimpah ruah. Itu tidak benar. Kerana penghasilan susu badan adalah berdasarkan permintaan dan pengeluaran susu badan. Apabila makin banyak susu badan yang dikeluarkan (atau di-ektrak keluar) makin banyak penghasilan susu badan. Sekiranya, susu badan tidak dikeluarkan dari payudara, badan kita mempunyai system peraturan, permintaan tak banyak, jadi badan pun hasilkan susu  tak banyak. Saya yakin ramai dah ibu-ibu yang dah ada ilmu tentan...

Segmen Berkenalan dengan Protege ABDR : Azlina Hariri di blog http://azlina-hariri.blogspot.com/

 Assalamualaikum. Alhmdulillah. Tiba masa untuk berkenalan dengan protégé ABDR bernama Azlina Hariri, dan blog beliau ialah http://azlina-hariri.blogspot.com/ . Boleh lah singgah di blog beliau untuk berkenalan dengan beliau. Ocelot (oleh: Azlina Hariri) Mata ini sudah terasa benar beratnya. Anak-anak di bilik sebelah sudah terlena keletihan. Kesan penat perjalanan, tambahan sampai di sini hampir maghrib. Kemudian keluar semula mengisi perut. Setelah perut kenyang kami membuang masa di Danga Bay. Hampir 10 tahun tidak menjejakkan kaki setelah meninggalkan tempat ini. Banyak berubah. Kini telah menjadi sebuah kelab. Dahulunya hanyalah deretan kedai-kedai kecil. Teringat semasa menetap di selatan tanahair, tempat ini selalu kami kunjungi. Menghirup udara segar sambil melihat biru, hitam dan kelabu air laut yang memisahkan antara Johor, Malaysia dan Singapura. Itu suatu waktu dahulu. Kini, semua itu sudah banyak berubah. Deretan kapal-kapal yang berlabuh mula mengambil tempa...

TERKINI : Segmen-segmen Berkaitan

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Setelah sekian lama blog ini, saya tiba-tiba mendapat 1 idea, saya akan membahagikan entri saya kepada segmen ataupun label : 1. Segmen berkaitan ABDR - Berkenalan dengan protege, mentor dan sebagainya berkaitan ABDR. 2. Segmen Produk Shaklee - Sebab saya menjual Shaklee 3. Segmen Perniagaan di sekeliling  - segmen ini saya akan memperkenalkan perniagaan-perniagaan di sekeliling saya sama ada ahli keluarga, rakan-rakan dan juga pembaca yang ingin mempromosikan perniagaan mereka. Untuk segmen ini, sila email ke : lenny.boniface@gmail.com untuk berhubung dengan saya berkaitan promoting perniagaan anda. Buat masa ini, saya buat promoting ini PERCUMA. Berminat, boleh email ye.

Berkenalan Dengan Protege ABDR : http://huzaimahbasar.blogspot.com/ .

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Tiba masanya untuk segmen berkenalan dengan protégé ABDR. Kali ini saya memperkenalkan Huzaimah Basar dan entri beliau. (Rasa macam berucap atas pentas pulak dialog ni).  Mari kita berkenalan dengan Huzaimah Basar, dan sekiranya ingin kenal lebih lagi sila lah singgah di blog http://huzaimahbasar.blogspot.com/  . Perkara yang biasa berlaku di mana si kecil yang berusia setahun hingga dua tahun akan kerap demam ataupun tidak sihat.   Apabila si kecil tidak sihat, pastinya ibubapa tidak akan hantar anak ke taska ataupun pengasuh. Siapakah yang perlu menjaganya ketika mereka tidak sihat? Inilah dilema yang dihadapi ibubapa yang bekerja. Situasi kami, saya sebagai ibu perlu bertanggungjawab untuk menjaga si kecil kami. Ini kerana si kecil kami masih menyusu badan. Sejak Januari tahun ini sehingga saat ini sahaja, acap kali Si kecil kami tidak sihat. Ketika itu jugalah sebagai ibu saya akan mengambil cuti untuk menjaganya. Hati seoran...

Oh Blog!

Assalamulaikum. Alhamdulillah. Sungguh tak best rasanya bila tak dapat mengemaskini blog. Itulah yang saya rasa. Apabila kita sudah mencipta rutin dan habit kita, maka dengan sendirinya tanpa perlu diarah akan diri kita lakukan dengan sepenuh hari dan bersungguh-sungguh. Sebab itu, apabila anda menyertai kumpulan ABDR, anda akan diminta menulis 44 entri di blog. Tujuannya adalah untuk kita mencipta habit menulis blog setiap hari. Apabila anda melepasi 44 entri tersebut, anda akan dengan rela hati menulis blog, walaupun tiada bahan untuk ditulis. Tetapi anda akan pasti menghasilkan suatu entri yang bermakna, kerana di ABDR, anda dilatih untuk menulis dengan entri yang bermakna dan berguna. Marilah bergabung dengan kami lebih 800 blog dan menuju 2000 blog. Setiap hari kami menerima pendaftaran baru. Alhamdulillah. Senarai program-program/kelas-kelas yang ditawarkan di ABDR: 1. Kelas asas blog dan penulisan 2. Kelas asas blog, fan page mula bisnes 3. kelas beriklan mudah.my...

Segmen Berkenalan dengan Protege ABDR : http://wanrohaniismail.blogspot.com/

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Tahu tak apa yang best apabila menyertai ABDR ini? Yang best nya ialah, salah satu entri yang pernah kita buat akan diletakkan dalam blog ahli-ahli ABDR yang lain sebagai promosi dan juga pengiktirafan hasil tulisan mereka. FIKIRKAN : Seronok tak kalau ada orang tolong kita promosikan blog atau produk secara percuma? Sebelum saya ceritakan lebih lanjut, mari kita baca dahulu entri daripada salah satu protégé ABDR ini. Pengalaman pertama bekerja sebagai pendidik di sebuah sekolah swasta yang menerapkan hafazan sebagai satu modul wajib setiap pelajar. Setiap guru yang mengajar di sekolah tersebut bertanggungjawab mendengar dan menyemak bacaan hafazan pelajar. Hafazan dijalankan setiap pagi sebelum memulakan sesi akademik. Saya tidak terkecuali walaupun mengajar subjek Matematik, Matematik Tambahan, English dan Fizik. Semasa sesi temuduga bukan soalan akademik yang ditanya pengetua sekolah tetapi bacaan quran dan jawi. Julai 2002 mendapat taw...

TERKINI : Sarang Burung Walet Untuk Dijual.

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Pernah dengar 'Sarang Burung Layang-layang atau Walet' ? Banyak khasiat yang boleh didapati daripada sarang burung wallet. Produk ini sangat terkenal di kalangan pengguna bangsa Cina. Dan mereka sejak dari dahulu lagi mengamalkan pemakanan sarang burung wallet untuk kecantikan dan juga kesihatan dalaman. Saya ingin memperkenalkan Penjual sarang burung walet yang juga saudara saya iaitu Encik Jam Tambi.  Beliau mengusahakan sarang burung walet secara kecil-kecilan. Dan produk yang beliau usahakan adalah 100% organic dan asli. Berikut adalah rumah penternakan sarang burung walet yang dibangunkan sendiri oleh beliau. Dan sehingga masa kini, di rumah ternak ini terdapat banyak sarang yang telah dihasilkan oleh burung walet. Saya sendiri pernah mengunjungi rumah penternakan ini. Dan saya telah mengambil beberapa gambar dalam rumah ternak tersebut. Tapi gambar yang saya ambil kurang memuaskan dan juga tidak meliputi keseluruhan ruang ...

Perniagaan???

Assalamualikum. Alhamdulillah. Ingin memulakan perniagaan? Tapi risau dan takut. Jangan takut. Apabila kita hendak mencuba benda baru memang sesuatu yang menakutkan. Tapi jangan takut. Berdoa dan berusaha dan belajar. In shaa Allah, Allah akan permudahkan jalan. Sekiranya ingin belajar perniagaan tanpa risiko dan tekanan, sila hubungi saya ye. Tapi siapkan diri anda dengan keinginan nak belajar, sifat tekun, sifat tidak berputus asa, sifat fokus dan lain-lain nilai murni yang perlu ada dalam menjalankan perniagaan. Perniagaan boleh dijalankan, tapi nilai dalam diri kita yang akan mengekalkan legasi dan mengembangkan perniagaan kita. Allahua'lam.

TERBAIK : Trafik tertinggi!!

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Positif. Positif. Buang semua yang negatif. Alhamdulillah. Sebenarnya saya ingin menunjukkan statistic trafik saya semalam. Wah! first time lah dapat trafik 250 sehari. Memang membangkitkan semangat untuk menulis entri lebih kerap dan mengisikan entri dengan maklumat yang berguna untuk pembaca dan juga diri saya sendiri. Hendak menjadi trafik yang memberansangkan di blog anda? Saya cadangkan anda menyerta kami di ABDR untuk bergabung dengan lebih 800 blog dan sedang menuju ke arah 2000 peserta. Untuk maklumat lanjut hubungi saya melalui maklumat tertera. Jazakallah. 

Kiamat Sudah Dekat

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Saya ingin berkongsi sedikit daripada pemikiran saya yang agak celaru ini suatu masa dahulu. Pernah saya memikirkan bahawa KIAMAT sudah dekat, maka buat apa saya kena berusaha gigih dan berkerja sungguh-sungguh untuk hidup saya. Betul kan? Jangan salah faham, ini adalah pemikiran saya zaman jahiliyah dahulu. Sekarang apabila masa berlalu, banyak ceramah-ceramah yang saya dengar, baru saya faham kenapa kena BERSUNGGUH-SUNGGUH dalam hidup di dunia ini. Dunia adalah sementara. Tapi dunia tidak asing dengan akhirat. Dunia adalah tempat untuk mencari bekalan untuk akhirat. Sekiranya, di dunia kita tidak berusaha untuk mencari bekalan untuk akhirat, maka sia-sia waktu kita di dunia. Hatta, sekiranya Kiamat adalah seminggu lagi dari sekarang, kita insan, dan umat Muhammad wajib berusaha bersungguh-sungguh untuk berbuat kebaikan untuk 'simpanan' di akhirat kelak. Sekarang baru saya faham kenapa kita manusia yang berakal dan beriman wajib bersu...

Entri Pilihan Protege ABDR

Salam. Alhamdulillah. Wah! Makin hari makin ramai yang berminat menjadi WAHM. Saya ingin perkenalkan salah seorang ahli ABDR yang mempunyai idea yang bermacam-macam untuk dikongsikan bersama pembaca alam maya. Mari kita kenali Ema Basar dan juga pemilik blog http://huzaimahbasar.blogspot.com/. Mari singgah di blog beliau. Berikut adalah petikan pendek daripada salah satu entri beliau. Bermain bersama anak: Permainan Getah Rambut Menggantikan PermainanRing Tower (teks : Ema Basar) Antara aktiviti bersama Shaima' ketika perjalanan pulang ke kampung adalah menyusun gegelung getah rambut ke dalam portable tray rack. Permainan getah rambut ini seumpa permainan Ring Tower.Getah rambut yang bewarna warni memberi keterujaan kepada Shaima' untuk bermain. Permainan ini membina kemahiran motor skill jari serta fokus terhadap aktiviti. Selain itu mendidik si kecil untuk menyelesaikan masalah. Ianya juga dapat melatih si kecil supaya bersabar. Sambil bermain, Si kecik di perk...

Hari Pertama Masuk Kerja Selepas Bercuti Panjang

Salam. Alhamdulillah. Sungguh lama saya tidak membuat entri. Terasa sangat kerugian, kerana masa berlalu begitu sahaja tanpa saya membuat entri baru. Dek kerana musim Hari Raya Aidilfitri, saya sibuk menguruskan persiapan Hari Raya dan juga balik kampung saudara mara, maka tak berusik komputer di rumah. Hari ini adalah hari pertama saya masuk kerja setelah bercuti sepanjang bulan Ramadhan. Fuh bestnya duduk di rumah. Ini semakin membakar semangat saya untuk menjadi WAHM. Ya Allah perkenankanlah dan permudahkanlah impian saya Ya Allah. Amin. Sebulan bersama dengan anak manja saya memang seronok. Cepatnya masa berlalu. Rasa ingin pusingkan balik masa. Alhamdulillah, Allah permudahkan cuti saya. :) Sekarang, bermula balik sasaran utama saya, menjana pendapatan saya secara online. Cia yok! Jangan putus asa. Mari kita berusaha dan bertawakal. Sesungguhnya Allah Maha Pemurah dan Maha Mengabulkan doa. Inginkan maklumat lanjut? Jangan segan-segan jangan malu-malu, hubungi s...