Langkau ke kandungan utama

Ulasan Kelas Asas Blog

Salam.

Alhamdulillah.

Sekali lagi, Alhamdulillah, saya telah mencapai 44 entri. Diberikan kelapangan oleh Allah dan juga digerakkan hati saya olehNya untuk berusaha pada tugasan ini. Alhamdulillah.

Saya ingin menceritakan sedikit pengalaman di dalam kelas Asas Blog ini. Kelas yang dilakukan secara online adalah sesuatu yang memang suatu kelainan bagi saya. Saya sangat suka belajar dan paling suka sekiranya ada guru mengajar di depan saya. Namun, kelas kali ini secara online. Maka, sangat mencabar daya tahan diri kita. Bayangkan, kalau ada cikgu depan mata, kita akan buat kerja kan. Jika cikgu tiada, kita tak buat kerja rumah. Senario biasa kan. Tetapi, di kelas Asas Blog ini, kita tak bertemu dengan guru pun. Tak nampak guru pun. Jadi semuanya atas nawaitu kita, kehendak kita, keazaman kita untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.


Jujur saya katakan, saya pun liat juga nak siapkan tugasan. Mana nak fikir tugasan, mana nak fikir bisnes Shaklee saya, mana nak fikir anak kecil saya, mana nak fikir kerja hakiki, mana nak kemas rumah... Banyak kan nak difikirkan? Tetapi akhirnya, setelah saya 'tune' pemikiran saya, saya akhirnya  berjaya menyusun-atur agenda harian saya. Bukan senang ya. Bukan sehari dua punya kerja. Tetapi hari-hari kena 'tune' minda kita. Sekarang saya tengah 'tune' minda pulak untuk membuat jualan tinggi bagi bisnes Shaklee saya.

Benarlah kata lagu "Jika kau fikirkan kau boleh.." (tak ingat tajuk lagu). Tetapi itulah dia. Kita yang harus set-kan minda kita untuk mencapai kejayaan.  Kita harus percaya kita boleh, dan harus berusaha mencapai kejayaan. Tak kira apa status kita di dunia ini.

Berbalik kepada kelas Asas Blog, saya ingin mengucapkan jutaan penghargaan kepada mentor/guru saya NurZahwani Mohd Nor, atas segala tunjuk ajar yang diberikan. Hanya Allah dapat membalasnya. Mentor-mentor/guru-guru di Akademi Belajar dari Rumah, adalah guru-guru yang berdedikasi dan berusaha membantu golongan ibu-ibu, isteri-isteri, wanita-wanita untuk mencapai cita-cita mereka, untuk berjaya. Pokok pangkalnya adalah nawaitu dan kesungguhan pelajar untuk mencapai kejayaan.

Kelas Asas Blog ini adalah peluang yang keemasan untuk golongan surirumah untuk mencari pendapatan sampingan cuma dari ruangan selamat di rumah sendiri. Usah difikirkan ketakutan atau kerisauan anda dalam menyertai kelas online di Akademi Bekerja dari Rumah. In shaa Allah semua dapat diselesaikan dengan lancar. Berdoa banyak-banyak moga-moga Allah permudahkan usaha kita, wanita-wanita yang ingin bekerja dari rumah untuk membantu kewangan keluarga.

Di sini saya ingin memperkenalkan beberapa pakej yang ditawarkan oleh Akademi Belajar dari Rumah untuk kesesuaian surirumah-surirumah atau wanita bekerja di luar sana:







Menarik? Hubungi saya untuk keterangan lanjut:

PM inbox saya di FB -- https://www.facebook.com/messages/lenny.boniface
Sms / WhatsApp : 016-8749195
E-mail : lenny.boniface@gmail.com.

Jazakallah.


Ulasan

  1. I would appreciate if you follow my blog about pregnancy and baby care experience.

    https://babycare-all.com

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Umum : Waktu Operasi

Assalamualaikum. ML saja nak kongsikan maklumat waktu operasi ASNB cawangan Putrajaya. Sebab ML sendiri pun baru tahu waktu operasi pukul 8.15 pagi. Jadi apa salahnya ML berkongsi maklumat ini, agar kawan-kawan di luar sana yang ingin berurusan awal tahu. ******************************************* Ingin mendapatkan produk Shaklee? Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee? WhatsApp/SMS    ke ---  016 874 9195   Lenny Kedai E-book dan produk-produk ilmiah lain di  http://lenny-e-bookshop.blogspot.com/ Jemput singgah di Kedai ML di Lelong http://www.lelong.com.my/merchant/lennbj.htm

𝗙𝗔𝗞𝗧𝗢𝗥 𝗞𝗘𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗠𝗣𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗘𝗠𝗔𝗦

  Berikut adalah beberapa faktor keuntungan simpanan emas untuk tuan puan fahami. 1. Nilai Kekal : Emas memang terkenal dengan nilai yang stabil. Walaupun di waktu ekonomi tidak menentu, nilai emas sentiasa kekal atau meningkat. 2. Pelindung Daripada Inflasi : Apabila harga barang naik, nilai emas biasanya juga turut meningkat. Simpanan emas tuan puan tidak terjejas oleh inflasi. 3. Kepelbagaian Pelaburan : Emas adalah cara yang baik untuk mempelbagaikan pelaburan tuan puan. Jika pasaran saham merudum, emas boleh membantu mengekalkan keseluruhan portfolio kewangan. 4. Permintaan Tinggi : Emas sentiasa ada permintaan tinggi, baik dalam industri perhiasan mahupun teknologi. Ini bermakna tuan puan boleh menjual emas pada  bila-bila masa jika perlukan wang. 5. Tiada Risiko Kebankrapan : Berbeza dengan simpanan di bank, emas tidak akan 'hilang' disebabkan masalah kewangan institusi. Emas adalah aset fizikal yang tuan puan boleh pegang. 6. Mudah Alih : Emas fizikal, seperti ba...

TERBARU ! e-Book : Bekerja & Berniaga: Panduan Untuk Suri

 Salam. Alhamdulillah. Alhamdulillah lahir lagi satu produk baru di ABDR, sebuah e-book 'based on true story' seorang suri yang bekerja dan berniaga. Ramai antara kita kaum suri bekerja pada masa yang sama melakukan perniagaan kecil-kecilan. Mari kita dapatkan e-book ini untuk membantu kita menguruskan kedua-duanya: kerja dan perniagaan.   + Sedikit 'insight' pada topic-topic yang terdapat dalam e-book  Bekerja & Berniaga: Panduan Untuk Suri ini :                                                                                    ...